♡ izzah ♡: Tukar Status PTPTN

Thursday, August 16, 2012

Tukar Status PTPTN

Assalamualaikum

For the past few weeks busy with macam macam hal berbangkit.Sekarang pun sedang curi masa,mengelat dari siapkan projek.urghh..Lagi mahu malesan dong!

Btw,bukan nak cerita pasal projek,jauh sekali pasal hari kemalasan.but,main story today is about PTPTN.Yes!It is.Hati gembira bukan kepalang bila dapat tahu PTPTN dah upgrade terma dan syarat untuk kelayakan biasiswanya.Kalau dulu zaman saya habis study,syarat untuk dapat kelayakan tukar status pinjaman jadi biasiswa kepada pelajar yang dapat first class degree terpakai untuk graduan yang grad sebelum atau pada tahun 2007 saja.Tahun selepasnya TAK LAYAK!Hancur luluh.Pathetic.Meraung.

Saya bukan anak orang senang.One of my target that day is to achieve my first class degree,so that I would not burden myself after study to pay back RM9000++ freely to PTPTN.Masa tu saya fikir,if saya susah dapat kerja setidak tidaknya saya tak berhutang.Kalau saya cukup wang,saya tak mahu study atas tajaan orang lain.Pakai duit sendiri lagi senang!Tapi realitinya saya miskin.Jangan kata duit sambung studi,duit makan minum pun parent tanggung masa tu.So,terjadilah official contract secara terpaksa antara saya dan PTPTN.

Then,past few month news said that PTPTN sudah upgrade term dari tahun 2007 ke tahun  2010.Means,for those yang dapat first class degree before 2010 layak buat pertukaran status tu.FINE.Sesudah 3 tahun grad,baru merasa.Tahun 2009 masuk dalam list.hoyeahh!!

Tapi macamana ye teman teman seperjuangan sekalian?Oh senang bangat!Cuma perlu 5 dokumen.Tak banyak,5 saja.Baik.Mulakan dengan  bismillah..

Pertamanya
Buat surat rasmi untuk menzahirkan hasrat tuan tuan dan puan puan.Bahasa perlu formal.Isikandungan tepat dan padat.Tak payah meleweh leweh.Percayalah,mungkin 60 or 70% saja yang akan mereka bacakan.

Keduanya
Sila masuk laman web PTPTN untuk dapatkan BORANG AKUAN PELAJAR.Masuk laman web,pergi pada bayaran balik,klik pada pengecualian bayaran balik.Kat situ ada senarai dokumen yang diperlukan.Download borang daripada link yang ada kat situ ok.Then,isilah sepenuh dan selengkapnya.Senang,1 minit dah siap!

Ketiganya
 Masuk kat website MQA (Malaysia Qualification Agency) untuk dapatkan borang perakuan akreditasi ijazah korang.Terma ni terpakai untuk mereka yang ambil degree from oversea or private institution sahaja.Normally local universiti semua ada akreditasi.Saya saja gedik buat.Nilai tambah katanya.Manalah tahu kot kot tak ada,naya ja..Hee.

Keempatnya
Buat salinan transkrip peperiksaan korang dan ambil pengesahan melalui Bahagian Akademik universiti yang mengeluarkan degree korang.Harus diingat,cop mohor daripada bahagian lain universiti tidak terpakai.Apatah lagi kalau gatal pergi ambil cop mohor di universiti bukan pengeluar degree korang.Lagi tak sah.err..faham tak?

Kelimanya
Yang ni pun sama.Salinan degree korang pun kena cop mohor yang sama dengan transkrip.No excuse k.Maksud saya,saya punya degree from UPM,so saya kena ambil cop di bahagian akademik UPM juga.Tak boleh ambil di UM,UITM,UKM mahupun Unisel.Ok.Faham?
Hanya dua dokumen yang perlu di cop mohorkan.Yang lain tak payah susah susah buat.Korang sign sendiri je.Official sign.

Dah siap semua dokumen tu,kome susun ikut susunan ni,lepas tu sisip elok elok dalam envelope saiz A4.Tulis nama dan alamat seperti tertera dalam surat rasmi saya kat atas nun,betul betul atas envelope korang.Then,tepeklah setem 80sen,seringgit or dua ringgit kat penjuru kanan.Nilai setem ikut kempuan dan kemunasabahan lah sayang.Kau nak pergi hantar kat KL from Kodiang sana kau pakai setem 20sen buat apa.Posmen pun muntah tengok!

eh...lepas tu pergilah pejabat pos dan poslah dengan penuh doa dan tawakal lagi riang gembira dengan harapan pihak PTPTN menerima permohonan korang dengan rasa bangga.ok.

Harus diingat,maaf cakaplah ya biasanya berurusan dengan PTPTN ni leceh sikit,jadi perlulah sentiasa follow-up permohonan korang dengan pihak PTPTN sendiri.WAJIB tahu.

Kawan saya hantar permohonan dua bulan lepas,sabar menunggu bulan jatuh ke riba.Rupanya bila dia tergedik untuk follow up dengan diorang,diorang bagitahu PTPTN tak terima permohonan tu.Diorang suruh hantar semula.Oo mak kau!Sudahlah u dekat UMS,tak kan nak naik airasia fly to Sabah semula semata mata nak ambil cop mohor tu.Kerja gila!Lepas sedikit ketegangan,akhirnya pihak PTPTN mengakui yang diorang dah terima tapi belum proses.See.Beware dan sentiasa ingat nak follow-up k.

Tu sahaja.Kita tunggulah apa jawapan PTPTN pada permohonan saya.Saya dah follow-up,diorang dah terima.Lepas raya saya nak confirm semula.Oh ya!Pengecualian ni terpakai untuk mereka yang mendapat tajaan sepenuhnya dari PTPTN.yang pakai separuh PTPTN separuh JPA or whatever tak masuk list.For more details,boleh pergi website PTPTN sendiri.Siapa yang dah buat pembayaran juga akan dapat balik duit yang dah dibayar tu termasuklah yang dah bayar penuh.Congrates!rezeki rezeki.

So,make your move guys.Perjuangkan hak anda sekarang!

8 comments:

pelangi chenta said...

izzah nie untuk 1st class jek.tue 2nd xde ke pengurangan?

Unknown said...

stakat ni 1st class je,not sure plak untuk 2nd class.btw,boleh tanya directly at ptptn kot.mana tahu ada tp x di war2 kan..=)

monsterz said...

kak kalau degree UPM bape cgpa kita kena dapat untuk jadikan pinjaman PTPTN ni biasiswa? saye pon bru amek degree kat UPM.

Unknown said...

asmira surianie :

UPM 3.75 yang..dulu.sekarang tak sure.mungkin sama lg kot..hehe

Anonymous said...

Salam akak nk tny law salinan tu kita guna cop dr lectrer bley x?

azlina salmi said...

Salam akak kalau salinan tu di cop oleh lectrer bley x??

Unknown said...

anon : rasanya tak valid kalau pakai sign lecturer.mesti nak pegawai dari bahagian akademik U or college jugak.but if nak cuba,boleh contact ptptn directly ya =)

Unknown said...

azlina salmi : try tengok komen yg atas ye syg..thanx =)