♡ izzah ♡: Dari Dapur ke Perut : Lemak Ikan Pari Sayang Salmah

Friday, September 14, 2012

Dari Dapur ke Perut : Lemak Ikan Pari Sayang Salmah

Assalamualaikum

Pehal letak nama sayang salmah kat masak lemak ikan pari pulak ni?Mungkin sebab rasa macam masakan ni lemah lembut,macam sesuai je letak sayang salmah tu haa.MASAKAN LEMAH LEMBUT??abaikan.Proceed to recipe.


Bahan bahan :

Sepotong ikan pari (kecik je)
6 biji cili padi
1 ulas bawang putih
1 ulas bawang merah
1 inci kunyit
1 inci lengkuas
1 keping asam gelugur/asam keping
300ml santan
Bahan perasa
Sedikit air kalau perlu

Cara masak :

Potong ikan pari jadi beberapa potong kecil.Lumur dengan kunyit dan garam sikit.Bakar sampai masak.Bakar atau grill ye tuan tuan puan puan.Jangan goreng pulak.Dah siap bakar,ketepikan.

Tumbuk cili padi,bwang bawang,kunyit dan lengkuas bersama.

Panaskan santan dalam periuk.Masukkan bahan tumbuk tadi.Masuk juga asam keping.Tak perlu tumis.Diulangi TAK PERLU TUMIS.Kacau sampai santan mendidih.Kacau kacau kacau.Kalau rasa pekat sangat boleh campur sikit air.Agak agak bahan dah sebati dan kasi respon macam mintak dimasukkan ikan,kome masuk jelah cepat cepat ikan pari tu.Kacau lagi beberapa minit supaya kuah resap dalam ikan.Masukkan perasa sesedap suka.Kacau lagi daaaaaaannnnn siap!
Selamat Mentekedarah~


2 comments:

pelangi chenta said...

sy suka ikan pari masak lemak cili api.setiap kali mengunjung mesti mak masak masakan nie

♡ izzah ♡ said...

before this xpenah mkn pn,tp aritu masuk myresepi jumpa.dlm resepi tu pakai ikan kembung ngn cili giling,hasben ckp x pedas.pastu tukar cili padi terus jatuh cinta!sampai la ni kalau beli ikan mesti nak masak ni =)