♡ izzah ♡: Resipi Jemput Jemput Tauhu.Rasa Sekali,Pasti Nak Lagi!

Wednesday, September 8, 2010

Resipi Jemput Jemput Tauhu.Rasa Sekali,Pasti Nak Lagi!

Salam Dearies

Pandai buat jemput jemput tak?Tak tahu jemput jemput apa?Ala yang orang panggil cekodok tuu..Saya gelar jemput jemput sebab nama jemput jemput lagi sedap dari cekodok.Boleh gitu?Hee..Kan senang je nak buatnya kan..Nak lagi sedap,buat jemput jemput tauhu.Jom tengok macamana nak buat.




Ramuan rempah ratus :

5 keping tauhu
1 biji telur
1 biji bawang besar
1 pokok daun kucai
2 biji lada merah
sedikit ikan bilis dicerai2 
sedikit tepung gandum
garam secukup rasa

Cara nak buat :

1-Lenyek atau hancurkan tauhu tauhu tersebut sampai lumat.
2-Pecah kan telur dan gaul bersama tauhu
3-Hiris bawang besar,lada merah dan daun kucai
4-Masukkan semua bahan hirisan berserta ikan bilis dalam adunan tauhu


5-Bila dah gaul rata,cuba kepalkan adunan tersebut macam ni


6-Kalau kepalan kalian tak kukuh,i mean tak betul betul bulat dan pejal,kalian boleh masuk sikit tepung gandum.
7-Lastly,goreng sampai garing.Sedia dimakan (macam ayat kat pek bungkusan maggi)



Gambaran semasa dihidang tak ada sebab dah excited makan.Tapi,cuba imagine vege-ball.Macam tu lah lebih kurang rupa dia.Hee..Boleh makan begitu saja atau bersama nasi.Selamat mencuba!ayat chef wan pulak.


5 comments:

.s.o.f.i.a. said...

walaupun me tak suka tauhu tapi bila dah goreng cam jemput2 nie nampak menarik plak..... wajib try ni!!!!

Wan_hazel said...

salam lebaran...dkesempatan nie wan nak ucapkan salam kemaafan ..selamat hari raya...maaf zahir dan batin..ade ke batin??hhehe..

Wan post kat ruangan komen entri ..so tak kan hilang...salam aidilfitri..

IzzaH si pari pari said...

sofia :

cuba,jgn tak cuba.simple jek~hee

wan :

mekaseh wan and have fun with raya!

-haLi3isa a.k.a L3ha, MY- said...

nak cuba la. sebab baru lak penah dgr namanya : jemput2 tauhu~ huhu.

tauhu putih erk?

IzzaH si pari pari said...

leha :

yup darls..tauhu putih
kalau boleh,pakai tauhu yg buat tauhu bakar tuh..lagi pejal.(^_^)