♡ izzah ♡: Surat Cinta Untuk Boyfee lagi

Thursday, September 9, 2010

Surat Cinta Untuk Boyfee lagi

Dear En.Wen,

Terima kasih banyak banyak untuk last ngedet.I'm so happy.Even cuma buka puasa sama2 kat gerai tepi jalan bertemankan 15 keping otak-otak bazar yang kita seludup masuk tu.
Nasib baik i bawak guni tote bag.Heh!Dan sangat bernasib baik kita dah booking meja dulu,kalau tak,buka kat pondok tepi sungai tu la kita.Romantik romantik juga,tapi kalau dah berteman nyamuk,feel bercinta pon hilang!


kita dan warung itu

Believe it or not,dah 5 tahun kita berhubungan.Tak pernah sekalipun kita raikan ulangtahun together gether.Ni lah yang pertama kan?Harap ia bukan yang terakhir.Rasa sangat sangat teruja.5 tahun bercinta bagai nak gerobok rak,sekarang baru merasa erti kenangan silam.Haha.Jiwang.Teett!oii izzah,kau bikin aku geli la weh!(^_^)

Apa ada dengan kenangan?Bak kata Pak Mat Astro,macam macam ada!I dengan U memang ada seguni kenangan bersama.Mula dari sekolah rendah,sampai dah nak jadi laki bini.Serius cakap,kalau tak sabar,memang tak kekal.


l.a.h.a.p

Kenangan yang betul betul tergugat iman,masa ibu cakap tak mahu u jadi menantu dia.Direct cakap,ibu tak suka u.Haa?Bernanah hati dengar.Tapi i tengok u cool je.Alasan ibu i anggap tak masuk akal.I tahu,ibu cuma terbawak bawak dengan kenangan lama dia.See..kenangan lagi.But,alhamdullillah.Tak sampai seminggu kita berdiam diri,ibu mula bersuara dan sampai sekarang,ibu lah orang paling berbesar hati menerima u dalam keluarga i.Tadah tangan bersujud syukur lah pada tuhan kerana anugerah itu.

Masih ingat awal awal kita berpacaran dulu?Kalau tak gaduh sehari tak sah.Baik dua tiga hari je,tapi gaduh berhari hari.Naik muak,naik bosan tau tak.I buat surprise untuk u pun i yang kena marah.Sabo jela aku.Tu belum lagi soal perempuan 'simpanan'.U memang nakal kan.Cemburu tak usah cakap,apa yang i buat semua kena mintak permission.Apa?Ingat u bapak i ke?:-p

Tapi i sabar.I tahu,environment yang buat u jadi macam tu sebab i kenal u sejak meja u dengan nazri depan meja i dengan nancy kat kelas tingakatan 1Q1 lagi.Masa tu u bukan kaki perempuan.Budak nerd!Kawan pun dengan orang bijak pandai.Bukan macam i,baru tingkatan 1 dah pandai buat nota cinta.hak..kantoi!!

jaman budak budek

Jadi i yakin u boleh diubah.Setiap kali i solat,u mesti ada dalam doa i.I mintak tuhan buka kan pintu hati u untuk berubah.Bertahun tahun i redha.Bukan i tak ada peluang nak tinggalkan u,tapi i tak pikir dengan meninggalkan u masalah kita akan selesai.I cuma nak jadi pemerhati.Nak tengok sesesat mana u boleh pergi.I nak cuba ubah u.Cabar diri i sendiri.Konon je nih!

Nah!Sekarang,kita terbalik.U semakin penyabar,i pulak yang makin baran.Serius sayang,i tak percaya tengok u macam ini.Sejak u kerja dengan mantop kat sana tuuu,i tengok u makin matang.Every single day : bila i marah,u jadi ais untuk leraikan api kemarahan.Bila i pening,u jadi panadol dan minyak balm mengurangkan denyut kesakitan.Bila i sedih,u jadi tisu yang lap semua airmata i sampai kering.Sekarang,apa yang i nak,semua u belikan.Kalau dulu,u tak amik pusing pun favourite i.Sekarang,tak payah cakap u dah boleh agak apa yang i idam-idamkan.Gila hebat u kan?!Hadiah terbaru untuk i,u berhenti merokok semata mata tak suka i membebel nak jadi gemok sebab i suka laki berisi.Hee..Memang mantop!



curi kat fb u.maap pak!belum cukup gemok

Saat ini,i boleh bernafas lega.I tahu u boleh jaga i dengan kematangan u bersama dengan kemantopan gaji u.Haha.Additional only!I appriciate sangat sangat kehadiran u dalam hidup i.Mungkin orang lain boleh cakap,bercinta lama akan jadi bosan.Mungkin juga,people said i'm stupid sebab kekal dengan u even i tahu u pernah buat i 'sakit' masa dulu dulu.Dan paling ketara,orang akan cakap,hey babe..kau boleh dapat laki lagi kaya and lagi hensem dari ni weh!

Persetankan semua tu.I rasa u dah cukup bagus untuk i.Memang u tak macho tapi u cute,memang u tak kaya tapi u berada,memang u tak bijak pandai tapi u humble and tak meninggi diri.Masing masing ada kelebihan dan kekurangan.Same goes with me.Buat apa dapat yang macho tapi kaki perempuan,dapat yang kaya tapi kaki judi,dapat yang bijak tapi suka membangga diri?

Tuhan dah bagi u sebagai jodoh i,i terima.Manusia boleh berubah.U dah buktikannya dear.

..TERIMA KASIH daun keladi...ENCIK WEN kesayangan..


happily ever after

No comments: