♡ izzah ♡: Panas dari Dapur :Spageti Bajet Bolognaise

Sunday, June 24, 2012

Panas dari Dapur :Spageti Bajet Bolognaise

Assalamualaikum

Baca tajuk je dah tahu rasa.Tak payah lah buat.Baik pergi makan spageti kat Pizza Hut tu.
Kompem bolognaise betul.

Pergh pergh pergh.

Suka hati lah nak try ke tak nak.Kita tak paksa pun (memek muka merajuk).

Eh eh.apa cakap cakap ni.Saya buat resepi ini sebab nak share dengan orang lain macamana cara nak sedapkan kuah spageti instant yang melambak dekat pasaran tu.Saya malas nak buat sendiri kuahnya sebab saya seorang je yang hadap western food ni kat rumah.Hasben memang tak pandang pun sebab dia tu tak campur orang makan ala David Beckham ni.bhahaha.

Saya beli instant Prego Original sebab nampak macam sedap dari luar.Kebetulan ibu ada bagi satu pek spageti,maka haruslah dikerjakan kan.Sebelum masak tu saya taste sikit kuah tomato instant tu,memang tak sedap..er..rasa tomato puri je kot.Memang puih puihh lah.


So,saya keluarkan bahan-bahan dan start berkerja :
Daging ayam
Tomato
Lada kering kisar
Bawang besar
Garam
Serbuk lada hitam

Mula mula,kisar daging ayam (daging sahaja,kisar tulang blender kau hancus!)
Tomato dan bawang besar dipotong dadu.
Saya panaskan sikit minyak,tumis lada kering kisar.
Dah naik bau,masukkan daging dan biar sekejap.
Pastu masukkan kuah instant tadi.Kacau rata.
Dah mendidih,masukkan tomato,bawang besar,sikit garam dan serbuk lada hitam.
Tak payah letak gula sebab prego tu dah agak manis.
Kalau pekat sangat,tambah air sikit.
Dah agak sedap bau,matikan api dan tuang lah panas panas atas spageti.
Senang.Makan pun sedap.

Instant tak instant sangatlah kan.
BTW,kalau nak letak baked bean pun boleh.Rumah saya tak ada bekalan baked bean T___T




2 comments:

Yaya Mohd said...

nampk sedap..
lame xmkn spgthi..^_^

Unknown said...

cubelah.buat sendiri berbaloi baloi!hehe