♡ izzah ♡: Peminta Sedekah atau Penyamun?

Friday, June 22, 2012

Peminta Sedekah atau Penyamun?

Assalamualaikum

Hasben masuk dalam Masjid Al-Azim Melaka,pusing pusing cari parking strategik.Disebabkan cuaca agak panas,hasben nak park kat tempat redup.Kasihkan bini katanye.Maka kereta pun dipark dibawah sepohon pokok rendang yang semestinya terlindung dari terik mentari.Cuaca redup dengan angin sepah sepah membuatkan saya rasa lebih selamat berada dalam kereta sementara menunggu hasben bersolat jumaat.Duduk punya duduk.Tunggu punya tunggu.Tiba tiba saya rasa bahang matahari menggigit kulit.auww..dari mana datang pun saya tak pasti sebab bawah pokok tu memang redup belaka.Maka,saya pun membuka pintu kereta dek kerana tak tahan panas.Tangan kiri pegang brochure Pizza yang dibuat kipas dan tangan kanan mengirai ngirai shawl.aaahh..sejuk sikit.

Tengah syok layan angin sepah sepah tu,datang sorang lone ranger stranger.Tengok dari muka,bermisai berjanggut memang foreigner Pakistan ke apa tah.Dia datang dekat dengan kereta dan bagi salam sekuat hati.Saya toleh kat dia dan jawab salam yang wajib tu.Lepas tu,dia hulur kad ayat seribu dinar.Mesti biasa nampakkan kad kecik yang ada ayat alQuran macam macam kaler kat tangan peminta derma?Nak cakap peminta sedekah macam kurang ajar.Saya yang macam ragu ragu takut ada muslihat pun menggeleng dan cakap,its ok.I have one.Thank you.Tapi pak lebai tu tak puas hati dan hulur lagi dengan cara paksa seperti baik-kau-ambil-kalau-tak-aku-rogol-kau!Mak aihh..Takutnye!Terus saya ambil dan cakap trimas.

Ingat kan sampai situ je.Rupanya dia membebel lagi.Eh lebai ni!Nak apa lagi.Kan dah bagi,nak suruh ambil lagi ke.

Rupanya dia nak cakap kalau boleh bagi derma seikhlas hati untuk anak anak palestin sebab dia dah bagi kad ayat seribu dinar tu.Hurmm.Mula mula saya malas nak bagi sebab saya tak ada cash dalam purse.Furthermore,saya rasa dia cuma berniat jahat.So,saya cakap I don't have cash.Fuhh.Selamat..


Tapi..


Lebai ni tetap taknak mengalah.Dia bebel lagi lagi dan lagi.Tapi bila fikirkan derma itu untuk anak Palestin yang kita sedia maklum kadang tak makan satu hari,saya keluarkan purse yang cuma ada RM 12.90.Saya pun hulur duit.Ingatkan dah bagi duit RM 1 dua keping tu dia puas hati,Lepas tu dia cakap lagi kene tambah duit tu untuk cukupkan rm15.Apa ni?Tadi kata ikhlas.Sekarang minta RM 15 pulak.Saya dah tak tahan terus mengamuk.Saya cakap tak ada duit.Memang dalam purse cuma ada rm12.90.Rupanya mata dia cukup tajam.Guess what?Dia terus rampas duit dalam purse saya yang saya sendiri tak tahu macamana dia boleh capai dan terus lari.Tinggallah sembilan posen.Saya terkedu,cuma mampu menjerit dalam hati "TAK GUNA PUNYA PAK LEBAI!"

* purse kuning si mangsa samun

Saya jadi fobia,terus tutup pintu kereta.Tak lama tu hasben balik dan terkejut tengok saya macam orang mati laki yang duduk kepanasan dalam kereta sebab peluh dah memancut mancut.eh!Saya cerita semua.Mula mula hasben terkejut.Saya fikir dia nak marah saya supaya jangan senang senang percaya stranger.But then,suami cakap,"Takpelah sayang,bukan rezeki kita.Nanti abang bagi duit lain.Yang penting sayang tak apa apa.Kita biar je peminta sedekah tu.Allah tahu balasan untuk dia yang menyamun dalam Rumah Allah ni..."sigh dan sambung,"Subhanallah.."

Mendengar kata kata suami,hati saya jadi sejuk balik.Terus saya redha.Allahuakbar~

sayang hasben ketat ketat!

No comments: