Assalamualaikum
Entri ini sambungan daripada entri ini.
Malam 24/09/2011.Malam lagi...T___T
Balik kerja lagi.Malam kejadian saya kena balik lambat sikit pasal ada poster installation kat outlet.So,gitu gini begitu begini saya gerak dari Kluang Mall jam 11pm.Heww..Serem jugak balik lewat malam ni.Tak apa,redah sajo.Perempuan besi katakan!
Drive macam biasa.Bila dah malam,feel nak balik cepat itu normal sebab stereotaip saya "semakin malam semakin seram!" hewhewhew
Tapi idaklah kawan bantai tekan pedal minyak sampai 100-120kmj dalam bandar semata mata nak sampai rumah cepat.Maintain drive 80 90kmj pun boleh sampai rumah sebelum 11.45pm.Drive punya drive,tiba kat round-about Yap Tau Sah ada satu kereta bapak besar bawak 50kmj je.Macam hampeh betul!Baru nak feeling,dah distracted.puihh puihh.
Nak dijadikan cerita,saya mula hilang sabar sebab terpaksa duduk berlewa belakang kereta selfish tu.Bila ada peluang saya pun motong lah kereta ni.Masa tu dekat simpang empat near to Kluang Guest House,laluan ke Renggam.Jalan memang clear.Tak nampak kereta lain pun.Kluang ni kalau dah malam sikit memang senyap sunyi,bandar kecik.Mat rempit pun jarang hado.Saya tekanlah minyak lebih sikit sebab dah 2 lane tak ada kereta lain.Memang mak bedal nyah.
Tiba-tiba...
Satu proton wira cuba buat u-turn depan saya.Mengejut.His car from the very left side of the road,nak u-turn ke lane arah sebelah.Padahal jalan situ tak boleh u-turn.Jarak kereta saya dah terlalu dekat,bunyi hon pun tak guna,saya break emergency pun tak menyelamatkan apa apa.Sudahnya,I crash the car.Yeah!Di tengah tengah jalan,kereta saya berhentam dengan proton wira tu.Finally.Kereta saya di lane kanan dan wira itu merentang lane kiri.
Saya tak ingat apa apa.Yang saya tahu,saya tergamam macam orang bodoh dalam kereta yang dah senget sebelah.Dengan seat belt masih kemas terikat,saya menggigil.Barang saya habis tercampak.Even pin vintage-charm yang tersemat kemas kat shawl pun boleh terpelanting tah kemana.Dalam banyak banyak benda tu je yang kau ingat zah?!Puhh.
Memang terpaku.Dalam otak cuma fikir "habislah duit hantaran aku melayang nak betulkan kereta ni nanti!OMG.OMG" naif sungguh.
Orang jakun dah kumpul kat keliling.Memang crowded.Baru saya sedar,kereta saya mati betul betul depan salah satu chinese food court yang famous kat Jalan Mengkibol Kluang ni.No wonderlah wira tu tiba tiba ada kat situ.Rupanya diorang baru balik makan makan.Saya masih lagi terpaku dalam kereta tanpa berbuat apa apa.Salah seorang penonton yang ada,tak silap saya Indian guy cepat cepat datang arah saya sebab dia nampak kereta saya dah leaking.Dia bukak pintu passenger tanya keadaan saya.Saya tak jawab.Dia terus lari kat pintu driver dan terus bukak seat belt saya.Dengan penuh berhati hati dia papah saya keluar lepas saya grab my bag yang dah terabur isi.
Saya terus call ayah.Dada saya tiba tiba rasa sakit yang amat,tapi saya still boleh berdiri.Saya lost dalam keramaian orang kat situ.Rasa macam..rasa kosong kosong ong...Saya nampak kereta saya,tapi saya pandang like kereta tu bukan saya punya.Ceh.
kereta siapa tah ni!
Lepas dengar suara ayah,terus airmata turun lebat bagai.Sedih.Sayu.Tak lama saya call ayah,polis datang tepat pada waktu.Together with ambulance.Entah siapa call pun saya tak tahu.Saya takut.Sebab saya yang langgar wira tu,kompem polis datang serang saya.Naif lagi.
Disebabkan dada sakit yang amat,saya tak tahan terus terduduk.No one beside me.Orang memang ramai,tapi tak seorang pun tolong saya kecuali indian guy tadi.Polis datang check saya,saya dah tak boleh cakap.Rasa nak pengsan.Polis panggil atendan bawa saya pergi hospital.Saya ikut je.Lepas tu saya tak tahu apa jadi kat tempat kejadian.
Kat hospital saya cuma buat x-ray.Alhamdulillah saya tak apa apa.Saya rasa lega bila nampak ibu.Sedih betul bila accident keseorangan,jadi saya terus peluk ibu tak lepas lepas.Relief.Ayah come to pick up us at hospital and told me that the wira's driver was drunk.Masa polis sampai rupanya my car dah hampir hampir ditarik by tow trak sebab wira tu awal awal lagi dah kena tarik dan driver tu disembunyikan dalam food court sebab he was drunk.Yeah!The guy cuba diselamatkan oleh kaum sebangsa diorang sebab takut kena tangkap polis.Polis pun tak dapat cari 2nd driver,nasib baik atas maklumat orang ramai polis dapat cam plate no. wira tu.
tempat kejadian memang dekat dengan SM Vokasional Kluang
Seminggu lepas tu,polis sahkan yang saya tak bersalah.Saya menang dan car damage boleh claim kat insurance cina mabuk tu.Plus,saya berjaya claim duit sewa kereta selama 2 bulan.Feww..selamat tak payah bayar apa-apa sebab saya bukan sewa kereta pun..lalala
kereta sewa
Maka,saya pun kahwin dengan jayanya 2 bulan kemudian.Begitulah penangan si pemabuk.Kita pandu berhati hati pun,kalau ada orang mabuk drive atas jalan kompem nyawa kita tak selamat.Hasben pun lega sebab saya bawak kembara,kalau myvi or kancil harus saya bersanding dengan kaki terbalut.LOL
8 comments:
alhamdulilah even kereta rosak pun u selamat it's okay
ya.syukur alhamdulillah..u take care dear,xlame lagi nak darah manis kan..=)
Alhamdulillah nasib baik awak selamat...saya paham perasaan baru lepas accident sbb dulu pernah accident teruk ..memang tergamam dan x tau nak buat ape2
kenzz..sekental kental perempuan,bila dah jadi camtu mesti ada sikit panik.hewhewhew
ngeri tgk kete.. huhy
phew...penuh semangan baca cita ni sampai naik bulu2 roma.haha
alhamdulilah..hati2 lepas ni :)
jaga diri .
hamzah : sikit je tu.huhu
aniswany : amboi.beria baca.anyway,thanx!
Post a Comment