♡ izzah ♡: Baby Shampoo memang Terbaikkk!

Saturday, September 25, 2010

Baby Shampoo memang Terbaikkk!

Salam Dearies

Okey.Jangan salah faham.Saya belum ada baby.Tapi saya suka 'belasah' beli barang baby.Dasar otak kanak kanak.Haha..Motifnya?Satu je.Sebab ni :

Comel kan!kan!kan!
Strawberry Shortcake yang polka polka pinky
atau nama komersial nya 
STRAWBERRY SHORTCAKE TEARLESS SHAMPOO 
dan STRAWBERRY SHORTCAKE SHOWER GEL


Mula mula malu nak beli,tapi Geng gonjeng cakap,
"eleh..beli jelah.bukan orang tanya pon akak beli untuk siapa!malu malu konon.Kalau kitorang tak ikut akak,mesti akak beli kan?!"

Cis.Bertuah punya budak.Tak apa,beli dulu,cuba pakai.Kalau serasi,boleh go on.Kalau tak,simpan jelah botol comel tu buat kenangan kenangan.Huhu.Sudahla comel,bau pon sedap.Sesedap strawberry cecah coklat.Erk!Tipu je.Bau strawberry je sebenarnya.Biasalah,barang baby memang totti fruity!Rasa macam nak makan pon ada.Organic lagi.Best2!

Selepas empatbelas hari,saya rasa rambut saya suka dengan 'jem strawberry' ni.Serius wey,lembut betul.Berbeza dengan produk rambut dewasa.Pakai lah brand apa je,semua sama.RAMBUT KASAR MACAM TALI KAPAL.Okey.Memang rambut saya kasar dan tak cantik.Tak ada satu pon wig menyerupai rambut saya kecuali rambut hantu.Ya!benar.Tapi saya nak juga merasa rambut seperti rambut Fauziah Ghous,even tak serupa bentuknya,dapat sama lembut jadi la.Hoho..Kesian betul T_____T

But nampaknya saya dah jumpa produk terbabit.Yeay!Dengan harga serendah RM 6.00 sebotol,sangat berbaloi baloi.Terbaik lah shampoo strawberry shortcake buatan Malaysia ni.

Cantik je bila susun kat shower rack.hee
yang tutup hijau tu shower gel,tutup putih tu shampoo.

* yang penting,tearless bermakna ianya tak memedihkan mata.Haha..dasar kanak kanak betul!
http://www.emocutez.com

11 comments:

Aida Azryn said...

i plak suke pakai bedak johnson baby.. :D

Pinky Pixie said...

tergoda dengan botol tersebut.
warna PINK la!
ish2, saje bg jeles neyh..hehe

Unknown said...

aida :

yup..bedak johnson baby terbaik juga~
hehe..

Unknown said...

pinky :

haha..saje~
tp kat jusco botolnya merah
kalau jumpa merah,tak beli kott
huhu

pelangi chenta said...

sy suka bau dia
if stress pakai syampu nie sure rasa lapang jek pale otak nie
rsa nak makan jekk =)

Cik Su Life Cycle said...

ni link kena tag http://lovemeenot.blogspot.com/2010/10/first-time-kena-tagtq-to-miss-wawa.html

Unknown said...

cik dura : makan?kalau lah boleh nyum2..hee

cik su : thanx cik su~

Unknown said...

nk bli lh~ ktne yerk ad jual?

Unknown said...

cute nyer~ nk cba lh, ad jual ktne yerk?

Unknown said...

Miwa Chu : boleh cari kat pasaraya biasa.aritu macam nampak kat tesco..cute n wangi sgt!

Anonymous said...

Hi dear,

Thank you sebab support produk kami :) add kami facebok/priceabuse
n klu adik nak beli online pun boleh kat www.priceabuse.biz