♡ izzah ♡: I am the PCOS - part 2

Thursday, December 6, 2012

I am the PCOS - part 2


Assalamualaikum

Ahlan wa sahlan

Sebelum ni saya ada cerita pasal PCOS.Tak sangka,ramai pulak yang senasib dengan saya.Subhanallah.Thanx a lot atas respon u all semua.I really appreciate all that.

Macam saya katakan sebelum ni,saya buat treatment susulan dengan pakar sakit puan kat Rawang je.Saya tak pergi jumpa pakar sakit puan yang canggih manggih.Rasanya klinik yang saya buat ni pun ok sebab setiap kali saya datang mesti penuh.Ada pesakit yang saya dah jumpa dua kali.Means?Means rawatan yang dia bagi tu agak berkesanlahkan.

So,after entri pertama saya yang lepas,saya pergi jumpa doctor tu.First appointment ni tak ada date sebab doctor suruh saya datang lagi on next first day period.Tak boleh agaklah kan bila period nak keluar.Jadi nurse tak tulis date kat appointment card tu.Betul-betul second day period baru saya pergi.Sekali lagi saya agak blur dengan keadaan masa tu.Mula-mula doctor tanya saya ada sakit apa-apa tak.Sakit pinggang ke sakit perut ke lepas makan pil hormone tu.Masa tu saya ingat pesan seorang kawan yang sama dengan saya,tapi alhamdulillah she’s pregnant now.Dia pesan kalau sakit kat rahim,jangan cakap kat doctor sebab nanti doctor terus buat ultrasound nak cek apa yang jadi sampai kita sakit tang situ. Katanya,kalau kena ultrasound tu sakit sebab scanner masuk kat rahim kita.Saya jadi takut terus cakap tak sakit apa-apa.Tapi memang tak rasa sakit pun,cuma letih sikit.

pil hormon.ubat pertama yang saya makan untuk stop heavy period masa tu.

Then,doctor cakap hormone saya dah stabil  sebab period-cycle dah sama dengan date sebelum ni.And dah boleh ambil pil subur.Doktor bagi bekalan pil subur untuk 5 hari.Saya kena makan pil tu start malam tu jugak.After that,hari yang ke-13 saya kena datang buat check-up semula.Doktor ni jenis cakap laju,India pulak tu.Memang sahlah saya tak boleh nak hadam sebutir demi sebutir ayat dia tu.Adoiyai..
Because of the weakness,masa ambil ubat kat kaunter saya tanya terus kat nurse tu apa yang doctor nak buat on next appointment saya.Lucky me sebab nurse tu explain sampai saya betul-betul faham.The point is just nak buat scanner je,tapi explanation panjang berjela.The hardest thing is,I am going through ULTRASOUND scanning.Dang!Terus pengsan.

So,masa hari yang ke-13 tu bersamaan dengan 10/10/2012 saya datang lagi.Tapi kali ni berdebar sikit sebab saya nak kena ultrasound scanning.Tak duduk diam saya masa menunggu.Takut yang amat.Sampai masuk bilik doctor pun saya buat muka blur.Bila doctor suruh saya get ready untuk scanning,macam nak tercabut jantung.Memang betul masa scanning tu sakit sikit.Tujuan scanning tu adalah untuk tengok dengan jelas telur ovary yang masih kat dalam kantungnya.Doktor nak tengok sama ada telur tu bersaiz normal atau tak.Kalau normal,boleh proceed untuk next step.Kalau tak,saya mungkin kena makan ubat yang lain.Nasib baik normal.Saya nampak clearly diameter telur tu,tapi saya lupa berapa.Barulah saya tahu yang saiz telur tu ada yang normal and ada yang tak.Untuk membezakannya,kita kena tengok berapa diameter telur tu.Hmm..details sangat saya explain ni.Nak tahu lebih,sila google ya.

So,after proses scan mengscan selesai,doctor bagitahu yang saya dah boleh proceed untuk prose salami seperti pasangan normal lain.YES.’alami’..hmm..ala..faham2 sendiri lah ye.Dah kawenkan..huu..Untuk malam tu,doctor bagi suntikan supaya telur saya yang normal dapat keluar keesokkan hari .Maknanya,kalau sperma masuk boleh terus jumpa telur dan..wallaa.adalah rezeki disitu.Next appointment day saya depends pulak pada kesuksesan usaha kami berdua.Kalau sampai hujung bulan saya tak period,means saya mengandung.Tapi kalau period,macam biasa hari pertama or kedua kena buat check-up balik.I am asking the doctor what happen if I am period.He telling me that they will repeat the same treatment again cuma tambah kadar kekuatan ubat.Push a little bit harder katanya.Saya pasrah masa tu.

Till now,06 December saya masih tak punya rezeki dengan suami.Saya period lepas last treatment tapi date dah berganjak from 27th to 1st of November.Mula mula saya fikir saya pregnant,tapi lepas tu period saya jadi tunggang terbalik lagi.Bulan ni pun sama.Haish..Susah nak explain.

Next treatment saya in shaa Allah cara kampung.Hasben dah setuju nak mintak tolong kawan kat Melaka untuk try berurut kat sana.Hujung bulan ni hanimun di Melaka lagi..Wonderplace ever!huu..sambung.Katanya kawan dia 3 tahun kawin tak ada anak,tapi buat dengan makcik ni sekali rawatan terus lekat.Kan saya dah kata,hal mengandung tak mengandung ni kuasa Allah.Kalau Allah nak bagi,adalah rezeki.Kadang usaha bagai nak rak bertahun-tahun,tapi Allah kata belum lagi,maka tak dapatlah juga merasakan.


Semoga saya dan suami terus berusaha.In shaa Allah ada rezeki kami nanti.Doakan ye.Amin..

7 comments:

suri said...

salam..
hai awak..sy cari2 utk pengalam jumpa doc..sy dh kwin tpi ada anak.tu 4 tahun hee..

masa anak nk mmbesar sy try gak urut, mkn epo tpi haid tak ok.kisahnya camner sy dpt ank pertama sb masa tu mmg pi klinik risau tak hamil.dan dlm masa sama sy cri keje juga kt ipoh. enth camner. sy dpt surat dr klik swasta minta sy buat rujukan sakit puan kt sepital kerajaan. masa tu dr ckp sy cek you dulu..pastu tu bru pi klinik gomen. tahu2 sy dh hamil 3 bulan..

tpi nk dpt no 2 susah sgt...smlm sy dpt surt dr doc juga. dia mtk sy pergi jumpa klinik sakit puan..berdebar2 nk bgi surat kt kaunter/ doktor berkenaa.

bila kwn cerita kena scan pas mkn ubt sy jadi cuak huhu..

Shiqa Nawar said...

salam awak. macamana dgn treatmnt awak?. sy bru pas check td n doc kate saya pcos. ada hrpn ke utk kita pregnnt..

Shiqa Nawar said...

salam awak. macamana dgn treatmnt awak?. sy bru pas check td n doc kate saya pcos. ada hrpn ke utk kita pregnnt..

Unknown said...

Suri : Alhamdulillah at least awak dah dapat seorang.cuma rezeki untuk anak kedua kena usaha lebih sikit kot.hehe..anyway,gud luck ya.semoga berjaya dapat anak kedua tahun ni!=)

Unknown said...

Shiqa Nawar : Dont worry dear.sy ada PCOS n now pregnant 4 months.PCOS women still ada chance untuk pregnant,yg penting usaha k.will story more kat entri baru sy nanti.tungguuu =)

Qaseh Aliya said...

Salam awk mcm mana awk skrg da pregnant
Pergi urt d melaka mcm mana berkesan x
Kt melaka pergi urt d mana
Blh share ?
N0w 3bln lebih still xperi0d. .
Sdgkan sblm ni xpernh xperi0d buln2.
Xth knp. .
Rujuk kt d0ctr skit puan dy kata sy ada pcos. . :(

Unknown said...

Hye sis...bole taw x yg buat u preg tu sbb wat berurut tu ke?melaka dkt mn ea sis..sbb sy pon dok mlk n sy pon penghidap pcos gak huhuhu