Assalamualaikum
(AWAS - entri panjang)
(AWAS - entri panjang)
Sepatutnya percutian dimana pun harus menjadi percutian bajet bagi semua.Maksudnya,bila kita tahu kita nak bercuti kita kena survey tempat, survey hotspot, booking hotel, plan the transport,survey buah tangan and kalau nak bercuti over the see of course must tahu currency rate.Paling tidak kita kena tahu kemana hala tuju dan rancang perbelanjaan untuk percutian sebaiknya!
beda dengan percutian saya dan hasben masa Chinese New Year lepas.
we were heading to Pangkor without any preparation.wanna see how messy it was?
First of all,kerana pergi sana cuma 2 hari 1 malam,kami decided to park the car dekat Marina Island yang dikatakan lebih murah dan dekat.Maka haruslah mendapatkan parking berbumbung berharga RM10 untuk kereta kesayangan.Oh kami kena jalan kaki dalam 10 minit dari parking lot ke bangunan Marina sebab kereta banyak.Kena park jauh sikit lah.sob sobs
Then,selamat sampai ke Jeti Pangkor setelah 15 minit berjanggut dalam feri.Sekejap sangat rasa,compare dengan perjalanan masa 14 tahun dulu yang saya naik dekat Lumut,memang lambat nak sampai tapi enjoy duduk atas feri yang open-deck.Barulah feeling holiday aaahhhh..ops!Tiket feri dari Marina ke Jeti Pangkor RM 20 seorang pergi dan balik.
Nah disini drama bermula.
Sampai kat jeti,kami jadi blur.Gilosh ramai orang.Saya mula terfikir macamana nak tidur malam karang?Still ada bilik yang available kah?Pray pray pray for it (~__~)Sana sini orang pekik pekik nak sewakan kereta dengan motor.Van pink itu adalah teksi di Pangkor.Sekali perjalanan satu family berharga RM80.Pergi hanya berdua,maka?maka kami pilih kereta.Sorang macha datang offer motor dengan harga RM80 (kalau tak raya dalam RM30- RM40 kita dah dapat!) untuk 24 jam.Dengan muka separuh berlagak hasben tolak mentah mentah sebab
Setelah berusaha dengan gigih,berdiri tengah panas memancing tukang sewa sambil membiarkan saya duduk memperhati dibangku yang semestinya dibawah lindungan matahari,hasben berjaya mendapatkan sebuah kereta
Kereta ini sangat buruk dengan pintu nak tercabut season sampai dapat feel roller coaster bagai.see to believe.takmo macam ni.takmo.dangerous you!
ok.ok.
Masa untuk room-hunting.Mula mula cari dekat pekan.PENUH.Straight away pergi Seaview.PENUH juga.Pusing lagi ke hotel cowkia (err..how to spell ha?).Pun PENUH.Lepas tu nampak macam tempat khemah dengan chalet segitiga comel pun nak try masuk juga sama PENUH.aiseh.Hasben cakap kita tidur dalam kereta je lah.Oh no!honeymoon apakah ini dalam kereta?Then,fikir sekejap.Fine.Berserah saja.
Jalan depan sikit daripada tempat tadi ada resort super cantik.We try our luck there.FINALLY,dapat juga standard room yang memang last kopek akibat cancellation by customer.Thanks berbanyak lah duhai customer yang cancel tu..Fuuhh..Dengan magis yang ada,dua katil bujang boleh menjadi queen juga.oh oh..sewa bilik RM180 semalam dengan breakfast 2 pax. =D
Resort ini berada di tengah Pantai Pasir Bogak.Memang strategik.View dalam resort yang super cosy and awesome.Resort ni ada bilik bilik dan suite which is more to chalet untuk big family.Kelik sini for more info Puteri Bayu.
View depan resort.
Setelah mengah menyelesaikan masalah menduga sebentar tadi,sekarang masa untuk bersantai sambil menghirup udara sepoi sepoi.Amboi cantiknya bahasa.Masa ini kami dekat Teluk Nipah yang orang duk kata hotspot untuk Pangkor Island.Super pack and super busy.Memandangkan kat sini banyak kedai,kami dinner dan beli cenderahati sekaligus.Senang.Nampak tak?Sana sini penuh dengan orang.Dinner RM20 untuk 2 orang makan dan cenderahati RM50 dengan 6 helai shirt angry bird pangkor.
Oleh kerana masa tak begitu banyak,jadi hasben sarankan kami tak main banana boat,ski,pergi pulau atau water sports lain.Next time sajo!hmmpphh (T___T)
Haruslah ada sesi berjalan sightseeing berpeluk pelukan ditepi pantai dimalam yang indah.Barulah honeymoon gitew. Siap jumpa buaian..er..buayan..hmm..buai-an.Apa lagi,duduklah.Oleh kerana malam yang gelap jadi mensnap gambar pun harus menjegilkan mata jika takmo mata sepet seperti sleepy.
The next day after breakfast,we headed to Jambatan Gantung yang terletak lebih kurang 300meter daripada pintu resort.Mula mula masuk laluan ni rasa semacam.Seawal 8.30am dah nak masuk hutan,gilo ke apo!Tak apa,hasben ada jadi kita redah sajo.Baru masuk dalam 100meter saya dah rasa jauh.Hasben cakap tak apa.Kami jalan terus lagi sebab awal perjalanan cuma ada tanah lapang.Bila dah mula masuk laluan hutan dengan pokok besar lengkap pakej ranting juntai juntai,saya dah mula rasa seram sejuk.Saya tanya hasben,jauh lagi ke?Hasben cakap 1km bukan dekat dengan wajah selamber.Ok tak apa.Jalan sajo.
See.Jambatan gantung ada di balik hutan itu.Creepy huhh?Lama lama saya rasa tak sedap hati dan bisik pada hasben,jom kita patah balik.Nampaknya tak ada orang lain lalu sini,cuma kita berdua.Takutlah.Rupanya hasben pun takut tapi buat buat berani sebab saya yang beria ia nak masuk.alaa..comel betul buat buat berani untuk bini tercinta!
Selepas kuciwa,kami pakat nak mandi laut.Rugi beb kalau dah sampai tak pekena air masin masin tawar puih puihh kat sini.Pantai bersih yang mengadap pulau.besh besh.
Masa untuk bersiap pulang.Sebelum tu snap pintu bilik air ala ala baba nyonya yang menggamit hati.
Masa berbaki lagi 1 jam setengah sebelum pelepasan,jadi kami pun mengelilingi pulau bersama kereta sewa yang tak semegah memandangkan cuaca nyaman.Perjalanan daripada resort sehingga jeti mengambil masa kira kira 40 minit,manakala jarak antara jeti ke resort lebih kurang 5km.Bermakna kalau nak pusing satu pulau akan mengambil masa 45minit ke 1 jam.Melalui lapangan terbang,Teluk Dalam Resort,lalu depan kilang sate ikan,perkampungan Sungai Pinang Kecil,dengan meredah selekoh tajam dan curam macam ke genting.Fuhh..memang ekstreme.Tak ada kereta lain yang lalu lalang sepanjang perjalanan kecuali teksi pink.
Hasben sampai merengek tak nak memandu lagi hew hew hew
Balik dapat naik open-deck ferry.Hiyeaay!
Terus ke Sungai Petani untuk next event.
Jadi,setelah dihitung hitung secara total percutian di Pangkor memakan duit sebanyak :
parking - RM10
tiket - RM40
kereta + minyak - RM150
bilik - RM180
dinner - RM20
goodies - RM50
others - RM20
RM 470 untuk 2 orang semalam
jumlah ini akan mengecil jika sekiranya kita membuat booking-an awal
jadi,rancanglah perbelanjaan dengan bijak.beringat sebelum terkena.
karamsigh walia melaporkan dari pulau pangkor
2 comments:
sblm nie sy ada g dalam 2x ke pangkor.tiket feri rm10 jek pergi balik.ermmm skrg dah mahal ye.anyway kalau izzah nak plan budjet vacation better pergi tapi bukan public holiday.kalau xmemang hrga akan mahal.
sbnrnya dah bgtau hasben suruh booking awal,tp dia cakap "kita balun je!"..
nah..dialah yang kena tanggung semuanya.nasib hasben tak regret sangat =D
Post a Comment