♡ izzah ♡: Kenapa Saya Tak Kisah Ana Raffali Menang AJL25?

Monday, January 10, 2011

Kenapa Saya Tak Kisah Ana Raffali Menang AJL25?

Salam Dearies

Malam tadi tak tengok pun juara lagu.Sibuk main pesbuk je.Maklum lah,hari ni cuti jadi berjimba lah malam tadi sampai pagi.Dasar orang jakun tak pernah cuti...(T___T)

Okey,back to ana raffali.Congrates for her trophy of AJL25 last nite.Hebat!Pertama kali masuk AJL,tulis sendiri lirik,kompos (betul ke ejaan melayu untuk 'compose' ni?) sendiri lagu,nyanyi sendiri lagu yang digubah.Nah!Terus dapat juara.

Mula mula dengar lagu ni,sejujurnya saya tak suka.Selalu sangat berkumandang kat radio ERA.Sampai bosan.But,saya respect kat ana raffali yang selesa berbaju kurung dalam dunia seni ni.Bukan senang tau nak bertutup sopan macam ni dalam arena seni suara.Biasanya kena pakai mini dress,baju kemban untuk jadi artis atas alasan imej macam ni senang nak jual.Whatever..*sigh*

The most important part is she deserve it.Lagu nyanyian ana agak puitis dan original.Tak main cedok cedok ok.Walaupun saya tak suka,tapi saya tak kisah "TOLONG INGATKAN AKU" menang.Ingat,Juara Lagu bukan terikat pada penyanyi atau kesedapan lagu pujaan ramai tapi AJL merangkumi lagu,lirik,susunan muzik & kriteria lain yang hanya juri yang tahu.Jangan fikir lagu sedap dengar,peminat ramai suka,duk tangga teratas semua carta lagu kat Malaysia berminggu minggu dah layak jadi juara AJL.Totally wrong!

So,Malaysian jangan kecewa sampai menyampah (puas saya baca status manusia tak matang mencemuh ana raffali dalam FB malam tadi~) kat ana raffali.Ini semua keputusan juri.Terima seadanya.Tahun depan kita berentap status dalam FB lagi.

Jangan disusun kata-kata penamat
Jangan disebut baris ayat keramat
Biar lenyap diserap sunyi
Biar senyap yang tak menyepi

Tolong ingatkan aku
Kisah kau tersedar
Dengan saku penyeluk masa



Mari patahkan papan markah lama
Mari padamkan buku tiga lima
Biar luka sembuh sendiri
Biar lupa dimakan hari

Tolong ingatkan aku
Kisah kau tersedar
Dengan saku penyeluk masa
Kau dampingi aku
Setiap detik jantungku berdetak
Setiap nota jiwaku berlagu-lagu

Bila marah merasuk minda
Kecewa menyelubungi jiwa
Aku lupa

Tolong ingatkan aku
Kisah ku tersedar
Dengan kasih memeluk rasa
Ku teringatkanmu
Setiap detik jantungku berdetak
Setiap nota jiwaku berlagu-lagu

Tolong ingatkan aku kisah kita
Tolong ingatkan aku
Kisah ku tersedar
Dengan kasih memeluk rasa

Tolong ingatkan aku
Kisah kita


Sumber: Ana Raffali - Tolong Ingatkan Aku Lirik
Sila baca lagi di http://zonfiniti.blogspot.com




* SUNGAI LUI - AIZAT juga tak kurang hebat.

3 comments:

pelangi chenta said...

dah rezeki diakan.
lagipun ajl nie banyak benda dinilai.bukan saje dari vokal tapi bait-bait lirik

p/s:izzah pliz come to my blog

Puan Besar Shag Yahaya said...

Ana Rafali comel! :D

Entri terbaru Shag : Ana Rafali tak patut menang AJL25!!

Atsuko said...

setuju!!