♡ izzah ♡: Lelaki Ni Memang Menyusahkan Je kan?!

Sunday, November 7, 2010

Lelaki Ni Memang Menyusahkan Je kan?!

Salam Dearies

Jam 5petang,empat orang staf ABC Ltd. terkocoh kocoh punch kad perakam waktu (bajet skema).Kemudian,seorang perempuan bujang meluru keluar untuk panaskan enjin mobil kesayangan.Almaklum,perjalanan balik akan mengambil masa satu jam,tapi kalau dah bujang balik lambat pun tak jadi masalah.

Dua lagi perempuan membontoti beliau.Mereka mengambil tempat seperti biasa.Di kaki tangga,sebelah pasu bunga,menunggu suami yang tak kunjung tiba.Sambil berborak topik hangat yang tak lanjut masa waktu pejabat.Si dara bujang keluar men'join' kan diri sementara tunggu enjin memanaskan badan.

Tiba tiba,meluru keluar seorang lagi perempuan.Juga masih dara.Masih juga bujang.Bergaya anggun serba high class.Bila terpandang kelibat tiga perempuan tadi,beliau ingin turut mencelah.Lalu terpacul lah ayat "Lelaki ni menyusahkan kan?!Dah kawin tapi masih tak boleh harap."

Tiga perempuan berkerut kehairanan.
Perempuan kawin A, "kenapa kak?"
Perempuan kawin B, "a'ah la..akak baru lepas kena dumb dengan boypren ke?"
Perempuan bujang, "u all tu lah.kesian.balik kerja penat penat,tapi hubby lambat pulak datang ambil.haish!laki..laki..apelah nak jadi...tu lah,dulu lagi akak dah pesan,orang laki ni cuma dekat dengan kita sebab duit.job kita ni boleh bawa keuntungan yang banyak buat laki tau!esok lusa,berdirilah korang kat sini tunggu teksi.Pasal apa?Pasal laki dah kebas kereta dan kawin ngan perempuan lebih kaya."
Perempuan kawin A, "apa yang akak merapek ni?saya tak paham la"
Perempuan kawin B, "?????"
Perempuan bujang, "sebab tu lah akak tak nak kawin dik oi.Pasal laki macam ni lah nanti bercerai berai.Tak ada rasa tanggungjawab langsung!"
Perempuan B, "husband saya ada meetinglah kak.dia dah bagitau saya awal awal lagi.saya pun tak kisah tunggu dia."
Perempuan A, "husband saya pon ada hal.kejap lagi sampai lah tu..."
Perempuan bujang, "yelah tu.meeting ke dating??kau jaga jaga sikit B..."
Perempuan A dan B, "........."

Si dara yang sedari tadi diam membatu,tiba tiba bersuara tanda ptotes, "kak...sekurang kurangnya,A dan B beruntung sebab ada orang ambil berat walaupun diorang tak dapat suami seperfect. Rasullullah s.a.w.Daripada akak yang bujang sampai nak masuk 40++,nak kata akak sukses sangat,tak nampak pulak akak drive BMW..Hidup pun dengan mak bapak lagi.Siap bawak bekal yang mak masak pagi pagi.So,tak payahlah akak nak 'sekolah' kan A dengan B semata mata pandangan skeptikal akak terhadap golongan lelaki tu.Tak semua lelaki berhati busuk dan berfikiran kotor macam apa yang akak sangka.Akak sendiri pun tak pernah kawin,macamana pulak akak boleh berfikiran negatif tentang perkahwinan yang menjadi sunnah Rasulullah?Baik buruk pasangan kita kena terima sebab laki dan perempuan saling melengkapi.Dan semuanya akan jadi indah bila egois dan bangga diri kita jauhi.Pesan saya pada akak,cuba cubalah buka pintu hati akak tu tuk lelaki.Takut terlambat,nanti tak sempat...tapi...kalau akak rasa bila akak tua nanti akak boleh hidup sendirian,teruslah single mingle sampai mati.Masa tu mak bapak akak dah tak ada.Adik beradik dah sibuk urus keluarga sendiri.Bila akak mati,tak akan ada waris yang sudi nak mendoakan roh akak.Harta bertimbun  pun tak guna sebab bila mati,kita akan kembali 'miskin'...."

Perempuan A dan B berlalu menuju suami masing masing.Si dara kembali menjenguk mobil.Tinggal lah perempuan bujang terkesima sorang sorang.


2 comments:

Pinky Pixie said...

betul2.. perempuan dan lelaki kan saling melengkapi.. xperlu nafikan.. hehe

IzzaH si pari pari said...

yup!
sy setuju 200%