♡ izzah ♡: Update Versi Rojak

Saturday, October 16, 2010

Update Versi Rojak

Salam Dearies

Seronoknya hari ni mahu update secara pukal seperti rojak.Tak pernah dalam sejarah saya berbelog begini kan.Okey.Sebenarnya sedang not-a-hundred-percent (bila lah flu ni nak go away.Hish!Geram).So,kena pendek kan intro.

Cerita pertama tentang bajet 2011.Saya paling suka bab pekerja wanita mendapat cuti bersalin 90 hari bergaji penuh.Tapi malang,saya bukan dalam golongan tersebut.Jadi,terpaksalah bertepuk bertampar tangan bagi pihak kawan yang sedang berkhidmat untuk kerajaan.Syabas!Syabas!

Dek kerana bajet tersebut,saya sedang fokus mengisi borang Permohonan Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI-SR dan KPLI-jQAF) Ambilan Januari 2011  supaya cita-cita-universiti saya untuk jadi cikgu tadika tercapai.Eh!Belajar dekat U semata-mata nak jadi cikgu tadika??!Betul.Saya tak tipu.Impian saya nak buka nursery sendiri.Tapi haruslah bertatih sebelum berdirikan.Dimana ada peluang,disitu ada lubuk emas yang kita cari!Err..sebenarnya nak merasa cuti bersalin 90 hari tersebut!Sila tampar saya laju laju T____T

Ok.Cerita kelmarin pula.Saya baru pergi ambil offer letter kat OSK Batu Pahat.Disebabkan cuaca terik bagai nak disuruh demam-demam,saya pon kena virus selsema.Habis satu rumah jangkit.Tak suka,tak selesa.Nak demam,demam betul betul kan.Ni takat tempereture naik sikit then hidung sakit macam nak tercabut.Penat weh.Nasiblah badan nak report duty on 18/10/2010 in un-save condition.Haha.

Terasa malas nak membebel.Tengok picca je lah yek!

see to believe
meja serabut dengan macam macam urusan
belum apa apa lagi kelendar bulan sebelas dah penuh

biru tu resit beli no.pin dari BSN
putih tu offer letter dari OSK
merah tu offer card dari PADINI
tak sabar nak membeli belah kasut lagi..yeay!

bilik juga tidak ketinggalan serabutnya
tiba tiba nak mengaku,"saya masih bawah umur"
eh!kantoi bantal koyak disitu (*~*)
haha

Cerita last,macam biasa pasal kahwin kahwin.Hehe.Suka suka.Bulan November ni abang saya akan menukar status bujang kepada laki orang.Maksudnya,nak kahwin lah tu.Memang kelam kabut sebab last minit baru bagitahu nak kahwin.Tapi tak apalah,mungkin abang dah tak tertahan tahan.Opps!Mulut kau memang nak kena cili zah!haha..Sori.Mulut I dah ada insurans ok.Sukalah nak cakap apa. =P So,buat masa ni kenalah ulang alik kerja 100km sehari.Pergi 50km balik 50km.Bukan tak nak duduk rumah sewa,tapi kesian kan ibu yang kena tinggal seorang kat rumah menguruskan segalanya tentang majlis tersebut,kalau ada apa apa hal,beliau boleh minta tolong saya.Jika saya tinggalkan beliau sorang diri,bagaimana?T____T Saya menangis,ibu menangis.Waaa..Tak mahu lagu tu.

Hantaran 80% dah siap
Beg goodies,bunga telur,bunga pahar juga dah settle
Mak andam juga settle
Lega dah hati..Fuuhh~

Pengantin Oktober,Cik Sabariah
cantikkan beliau
Haish..bila lah nak pakai kostum macam ni~


Dah siap kemas kini belog.Mungkin buat masa terdekat,susah nak tengok saya berbelog tanpa tujuan sementelah saya mungkin sibuk dengan kerja dan Licensing Exam yang bakal diduduki.Jadi,sila sila lah merindui saya..Itu pon kalau sudi..............hee..bye!

Nah!tengok muka ni puas puas.
Kasi puas tengok.
Renunglah sepuas puasnya.
Puas tengok baru puas hati.


~Daaaa~