♡ izzah ♡: Bukan Malas Tapi Benci

Wednesday, September 22, 2010

Bukan Malas Tapi Benci

Salam Dearies~

Susahnya nak blogging sekarang ni.Sudahlah line internet macam cipan.Suasana rumah pulak sedu sedan.Belog ni pon macam hidup segan segan.Err..Apakah?Huhu..Serius wey.Macam tak ada mood nak ber soseh soseh kat 'pinkish' ni.

Saya Benci Streamyx Bila Ia Merajuk!
Memang line streamyx rumah saya macam mangkuk err..siput pork kot.Masa raya hari tu lagi sadis.Nak online pun kena queue bagai.Mula mula faiq..lepas tu ayah pulak..kemudian,abang sambung..last sekali nak tidur baru saya pakai.Tu pon line dah tercungap cungap nak mati.Adus.Nasib baik sekarang dah beransur pulih.Go go streamyx,dont make me =( again~

Saya Benci Rumah Bila Dah Kosong!
Yaa.Rumah saya dah hampir seminggu kosong tak bertuan.Eh!Salah.Bertuan tapi tak cukup korem.Sekarang tinggal berdua dengan ibu.Ayah dah jadi bujang kuantan.Kesian ibu kena tinggal dek ayah.Apa boleh buat,orang kuantan dah sukee.Haish!Geng gonjeng pulak dah balik 'pelabuhan' masing masing.Senyap sunyilah rumah ni tanpa ketawa mengilai mereka.Oh boy..rindu kat semua.Dah cakap dah,saya tak nak raya pertama berlalu.Saya nak hari hari raya pertama.Biar geng gonjeng ada kat rumah.Kau orang nak bakar meriam pon tak apa,janji kau orang ada!Balik lah.Tak ada siapa nak buli kakak!waaaa T____T (nanges!)

 mereka mereka ini GENG GONJENG

Sekarang,saya gigih isi borang kahwin kerja.Harap harap sangkutlah kali ni.Bosan dah berbulan bulan makan ubi kayu je.Nak jugak rasa MacBonald,MBBrown dengan KFCiken~

Saya Benci Belog Bila Serebeh Sememeh!
Tengoklah belog saya.Bergaris garis sana sini.Macam buku budak darjah satu.Rimas wey.

kat sini

sini

dan sini

Memang gonjol lah.Buruk betul!Hoho..Dah try and error detect kat mana silapnya.Tapi tak jumpa juga.Puas godeh HTML.Haish!macamana la.Anybody can help?nanti saya bagi kuih raya satu balang.Tak mahu??Come on lah.Raya kan lama lagi.Relevan lagi kot pemberian tu!Haa?Apa?Nak duit raya?okey.Pedulikan.Saya tipu je.Saya try fix sendiri nanti.Kui kui kui...T____T (nanges lagi!makin kuat)

So,bila dah benci,datang lah malas terhegeh hegeh menempel kat saya.Bagaimana?Hebat tak alasan-malas-blogging saya??Bak kata Pasha Panda,"ekceli..i memang malas!".Fullstop.

4 comments:

Miya Rokujochigusa said...

Hehe. .entry dia kelakar . . .

IzzaH si pari pari said...

miya :

apa yg kelakar nye mia
entri feeling2 je =)

fariza said...

kekeke....klaka la post yg ni.

enjoy bace. kali bru rajin skit nk explore blog u.

ur materialistik rummate

IzzaH si pari pari said...

x rumet gonjeng :
sapelah kite awak nak tengok selalu kan T___T