♡ izzah ♡: Manis di Mulut,Busuk di Hati

Saturday, August 21, 2010

Manis di Mulut,Busuk di Hati

Salam Dearies

Masa kecik2 diajukan soalan ni :
"Kau sekolah kat mana?"
"Exam dapat berapa A?"
"PMR,SPM,STPM kau dapat apa?"

Dah besar sikit,soalan ni :

"Kau dapat masuk U mana?"
"Kos apa kau ambik?Bagus ke?"
"Degree ke diploma ek?"

Bila dah grad, bersedialah dengan soalan ni :

"Kau dah dapat kerja?"
"Kerja kat mana,company apa?"
"Pangkat apa?Gaji Berapa riban?"

After few years kerja,rasa nak berumahtangga,kena pulak lalui soalan ni :


"Laki kerja mana?"
"Kerja apa?Lawyer?Doktor?"
"Hantaran hang berapa riban?"

 
Pernah dengar soalan klise cam ni tak?Of course for sure pernah kan.Saya yakin semua orang pernah diaju soalan berupa cepu-gangsa ni.Ada sesetengah orang senang dan tidak kisah pun dengan soalan macam ni,tapi ada juga yang rasa panas punggung bila nak jawab.

Lagi2 kalau soalan cepu-gangsa ni ditanya oleh :

1.Makcik makcik yang kaki leter
2.Kawan ibarat lawan
3.Sesiapa saja yang anda rasa ada niat dengki

Lumrah manusia memang suka bertanya.Sekali dua tak apa lagi tapi kalau dah berkali2 orang yang sama tanya siap ada cerita tokok tambah lagi bila sampai kat orang lain,memang dasar PIKUN!(nyanyuk la) Mereka cakap nak tahu atas alasan caring,tapi sebenarnya sibuk nak buat comparation siapa bagus.Orang macam ni memang tak ada kerja lain melainkan tambah dosa.Harap2 bulan baik hari baik ni terbuka pintu hati mereka nak bertaubat.Amin~

ehsan : GOOGLE
* seorang kawan saya dah berubah dan tak busuk hati lagi.Alhamdulillah.Harap perubahan kekal.

2 comments:

::m!SS edURA hanUM:: said...

seriyes kalau dpat jumpa org yang tanya camnie..rasa nak cili2 jek mulut org tue.lagi2 dy compare kita ngan anak dy....

IzzaH si pari pari said...

haa..
tau xpe
naik rimas kan