♡ izzah ♡: Hukuman Mati Mandatori Menanti Si Pembuang Bayi

Friday, August 13, 2010

Hukuman Mati Mandatori Menanti Si Pembuang Bayi

Salam Dearies

Dah dekat jam 2 pagi,tapi mata tak mahu katup lagi nih.Haissyhh..Apa nak buat??Blogwalking la..hehe..Ohh ya..Nak bagitahu,tadi Menteri PembangunanWanita Keluarga dan Masyarakat,Dato' Sri Shahrizat telah membuat pengumuman bahawasanya.......


* Ehsan GOOGLE *
Pesalah yang Membuang Bayi (Mati) akan Ke Tali Gantung!!


Haa..Takut tak?Takut tak?Saya rasa dah tiba masanya mereka mereka ini diajar supaya menjadi manusia.Well,saya tak nak cakap mereka mereka binatang tapi seperti yang kita maklum,binatang pun tahu sayangkan anak kan.Saya bukan nak bersorak gembira atas hukuman yang telah diperbaharui ni,tapi sebagai manusia,dah tak sampai hati nak tengok baby baby comel hilang tangan dan kaki dimakan binatang,patah riuk tulang temulang sebab diperosok dalam lubang jamban,or kulit mulus berlubang lubang dihurung semut.Kesian sangat2!!Masa cari gambar baby kena buang kat GOOGLE tu pun dah tak sampai hati nak tengok satu persatu.Harus mata bergenang nanti.So,saya ambil satu je bahan bukti nya..

Menurut laporan kat Buletin Utama tadi,hukuman berat juga akan dikenakan ke atas sesiapa yang didapati membuang bayi yang masih hidup (ketika ditemui) iaitu penjara selama 30 tahun.Hamek kau!Jangan main2 dengan undang2 kita.Kes seperti ini pada awalnya dibicarakan di bawah jenayah kanak2,tapi melihat kepada keadaan yang semakin meruncing,undang2 ditukar kepada jenayah berat iaitu cubaan membunuh.Jika pesalah didapati bersalah membuang bayi tersebut sehingga menyebabkan kematian,hukuman mati mandatori menanti!Kajian DNA akan dilakukan.Hmm..Terfikir pulak saya,kalaulah Malaysia ada alat CSI yang canggih manggih mesti sekejap je penjenayah dapat ditangkap!Huh..

Maaf.Saya agak emosi bila bercakap pasal ni.Setiap hari ada saja kes buang bayi kat paper sampai naik menyampah baca.Saya pun bukanlah alim bak ustazah bagai nak nasihat orang,tapi orang cakap.....

BERANI BUAT,BERANI LAH TANGGUNG
Buang Bayi Tindakan Yang Amat Kurang Bijak
and psstt..perempuan yang cantik pun jadi hodoh kalau buang bayi.okey!

*Ambil berkat bulan Ramadhan untuk bertaubat

2 comments:

pelangi chenta said...

bagi pengajaran kat mereka yang membuang bayi sesuka hati.
baru padan muka mereka.senang2 jek nak bunuh nyawa org

Unknown said...

;) kalau ikut,memang geram
tapi hukuman ni have to done with research..
ada banyak sebab org buang bayi kan~~