♡ izzah ♡: maLanG cik abanG motOr meraH

Wednesday, April 28, 2010

maLanG cik abanG motOr meraH

tadi mase break untuk lunch,seperti biase sy pulang ke rumah untuk bertemu bonda tercinta (eceh!macam duduk jauh2 je..).jauh gak la kan.seploh minit dari rumah ke opis.hee..then,pas kenyang,ucap selamat tinggal and blah la kan..(agak kurang ajar budok ini)..hee..senyum kambing lagi...(*~*)




*sy la anak emak yg super nakal..muahaha..takOt tak??x takOt?ok.xpe*
 

nak dijadikan cite,mase nak balik keje,sy drive denGan 'konfiden' untuk niat murni menyambung kerja yg terbengkalai.tenGah syok driving sambil pekak kan telinga dengar miX.fm (ya..skarang sy suka dengar mix sejak arwah pak din pergi~~~).jangan tanya kenape sebab sy takde jawapan tuk soalan tu..okey!enough.back to story...

mase nak keluar simpang 3,sy yg dah mengamalkan prinsip 'tOleh kanan,toleh kiri dan tOleh kanan balik' selama lebih 15 tahun untuk melintas mahupun memandu di jalan telah accidently accident.what da??ulang balik.."accidently accident"..yaaa..tepat..hampir2..

siapa mangsa,siapa suspek,dan siapa subjek??

mangsa adalah abang motor merah kerana memandu secara laju (serious,sy memang dah toleh kanan and sy tak nampak pon abang tu nak lalu)..subjeknya ialah bas sekolah yang dipandu mungkin 20km/j..buleh jadi bas tersebut sedang berhenti..oo yek!bas tu dari arah bertentangan dengan abang motor merah..jadi situasinya ialah,sy nak masuk ke laluan yg sama dengan bas tapi menunggu sebuah kereta dihadapannya keluar dulu.mengikut firasat seOrang pemandu ber"kemah",kelajuan bas membolehkan kita memintas beliau dengan kadar selamat..

tapi tiDak!!!
secara tidak sengaja (atau dengan kata lebih sopan,secara gelojoh..hee) sy telah cube memintas bas tersebut dan akhirnya....skreeeeeeeeeeeeeettttttt!!!!!abang motor merah tibe2 berada di kanan tingkap sy sambail jerit.."Hoooooooiiiiiiiii!!!!!!"..sy terpana panik melihat abang itu lalu mengucap "sori"(hanya dalam kereta)..sy berharap sy dapat turun dan cuba untuk membantu,tapi malang,tayar kereta tak mampu nak stOp and dari cermin sisi sy dapat lihat dengan jelas,abang motor sedang merenung tajam "punggung" sy untuk hafal plate number.habis.mati aku.....

oo yek..lupe nak bagitau..dan...secara automatis (cet!cakap indon plak) nya,sy telah menjadi suspek kes yg boleh diklasifikasikan sebagai lanGGar lari..huh!bunyi cam menakutkan..(-o-)

dengan keadaan "parkinsOn",sy tekan pedal minyak sehabis mungkin..sampai jumpe wisma firdaus,opis ku ter"cHenta"...

kemanisan : sila lah memandu dengan ber"khemah hemah".sekian.

No comments: