♡ izzah ♡: Dari Dapur ke Perut : Karipap Sardin

Monday, December 10, 2012

Dari Dapur ke Perut : Karipap Sardin

Assalamualaikum

Lama tak keluarkan resepi kat sini.Macam lama dah tak masak-masak kat dapur.Padahal setiap hari kot duk menggebang kat situ.Biasalah,nak masak senang.Tapi nak snap picture,nak upload lagi,nak mengarang pulak tu yang m.a.l.a.s.

Ok.Lets start our recipe of the week.Cakap macam chef wan jom.Baru enak nak meng uli.

Resepi kali ni saya tak pernah buat sepanjang hayat yang lampau.Means,masa bujang memang tak pernah pikir nak buat,it just BELI..Tapi since married ni hasben boleh pulak hantu epok-epok (orang Johor cakap karipap).Asal sarapan pagi ke tea-time ke semua mintak epok-epok satu!ceh.

So,saya pun startlah belajar buat.First time buat sumpah tak sedap.Hasben pun tak lalu makan.Tapi saya keep on trying.Sampai sekarang macam-macam saya sumbat jadi inti.Sampai kena beli tepung berkilo2 setiap bulan.Hasben oh hasben!

Now,sila sediakan bahan-bahan seperti berikut.

(A)
1 cawan tepung
2 sb mentega
Sedikit ais krim (nak bagi rangup)/sedikit garam
Setengah cawan air masak

(B)
2 biji kentang
1 sb cili boh/lada kering blender
250gm ikan bilis
1 biji bawang merah
2 biji bawang putih
1 tin sardin (kecik)
Sedikit minyak
Garam dan gula secukup rasa

Okey.Lets meng uli.Campur semua bahan (A) dan uli sampai jadi doh.Then,ketepikan dulu.


Kupas kentang.Potong ianya menjadi dadu.Tumbuk ikan bilis,bawang merah dan bawang putih.Tuang minyak dalam kuali,tunggu panas dan masukkan bahan yang ditumbuk tadi.Tunggu sampai naik bau.Masuk pula cili boh/lada kering blender.Sementara tu,lecek sardin sampai ikan tu hancur.alaa..cam buat sandwich tu.Then,masukkan sardin tu.Biar sekejap.Baru masukkan kentang.Godeh godeh sikit bagi sebati.Tutuplah kuali dalam 10 ke 15 minit sampai kentang empuk.Bila buka penutup,masukkan garam dan sedikit gula.Biar sekejap lagi.Baru matikan api.Settle.


Kalau you all nak buat inti keledek,bahannya sama je dengan sardin ni tapi buang sardinlah.Kalau nak letak ayam or daging,kedua-dua bahan ni kena potong kecik supaya cepat empuk.Kiranya gantikan tempat sardin tu dengan daging or ayam.Inti telur paling senang.You all boleh cipta sendiri resepi tu.Gerenti!

After that,ambil doh dan ceraikan kepada 8 bulatan kecik.Normally 1 cawan tepung dapat dalam 8 biji je.Kalau dapat lebih memang rangup tahap maksimalah epok-epok you all tu!

Apa lagi?lenyeklah bulatan kecik tu sampai leper.Masukkan inti dalam bulatan tu lebih kurang satu sudu kecik,lipat dua bulatan tu dan kelim tepinya.Siap!First time dulu saya kelim manual je.Tapi since saya start simpan dalam fridge in bulk (macam borong baju pulak!),saya pakai cetak je.Senang and cepat.


Nah.Sekarang gorenglah epok-epok you all sesuka hati!Kalau nak simpan and make it karipap frozen,kena goreng sikit dulu.Tunggu sejuk baru simpan dalam fridge.Ok.Finish.Selamat berepok-epok!





No comments: