♡ izzah ♡: Allah Lebih Tahu

Saturday, October 6, 2012

Allah Lebih Tahu

Assalamualaikum

Malam Rabu yang lalu,sesuatu telah berlaku kepada saya sewaktu ketiadaan hasben tersayang.It was very shocking.and of course totally change my perception towards creatures like 'him'.

Masuk malam ni saje dah dua malam saya tak keluar dari bilik.Even masa hasben ada waktu siang pun saya sanggup kelepet bawah ketiak dia dan keluar bilik hanya untuk masak.Itu pun hasben kena teman.Traumatized.

That nite,saya tak perasan langsung sesuatu yang teruk akan berlaku.Saya cuma teruskan habit saya yang biasa.Malam Rabu memang saya akan tengok tv9 sebab cerita best2.Main show,MAD MARKET by Hanis Zalikha.

Seusai pemergian hasben ke tempat kerja jam 7pm,saya santai depan tv tengok JULIA sementara tunggu azan Maghrib.Memang tenang.Saya dah set jadual,malam tu saya nak online depan tv sambil layan ocehan Hanis.Biasa after perform my Maghrib,I am reading Quran,Yassin or just a simple zikir Ma'thurat.Tapi malam tu perut meragam.Habis je baca doa terus pegi toilet.Saya fikir nak baca Quran after Isyak.

Namun,malam tu saya tak faham kenapa saya jadi begitu malas.Apatah lagi bila dah set-up laptop depan tv.Sah sah lah berat bontot nak bangun solat.Sampai saya habis publish entri pasal baju pengantin 3D tu,siap habis tengok Mad Market in Jakarta baru rasa nak off semua sebab mata dah tak boleh menampung.Sedang asyik  melayan mata yang mamai,mata saya tiba tiba tertangkap sesuatu imej.Kabur.Tapi seakan.Nah!

Seekor ular hitam berlingkar betul betul sebelah sofa yang saya duduk.Sekali pandangan je dah buat saya terketar2.Betul.Sekali pandang je.Saya terus lari masuk bilik,kunci pintu and tinggal laptop,tv dan samsung kat depan.Saya cuma grab my BB and try to reach my hasben inside.Kaki saya menggigil.Mulut saya beristighfar berkali kali.Saya lari atas katil sambil mata pandang bawah pintu bilik.Takut2 kalau 'dia' menyelinap masuk.Panik dengar saya menangis,hasben terus balik rumah.Dalam 20 minit hasben sampai terus jerit panggil saya.Saya tak menyahut sebab dah lost.Saya biar hasben masuk rumah and cari benda tu sendiri.

Hasben masuk bilik dan tenangkan saya.Dia kata benda tu tak ada.Puas dia cari.Dia round keliling rumah.Sebab takutkan keselamatan saya,hasben tumpangkan saya tidur rumah sebelah.Sementara rumah dibiar kosong malam tu.

Sampai esok paginya,hasben masih mencari lepas dia balik kerja.Saya tunggu dalam kereta.Tapi sampai hari ini,tak jumpa pun benda tu.Hasben syak yang saya cuma berimaginasi.Tapi saya rasa tak mungkin sebab saya nampak dengan jelas.Eventho saya rabun,tapi saya nampak clearly mata,lidah dan badan ular tu.It was scary.But,whatever it is,ianya mengubah persepsi saya pada spesis itu.Kalau dulu mungkin tengok kat tv or zoo saya boleh layan.Tapi sekarang saya tak mampu dah.FOBIA.Dan paling penting,saya tak bertangguh solat lagi.Sampai je masuk waktu,saya cepat2 solat.Alhamdulillah.

Bila difikir-fikir balik,ada betulnya cakap hasben.Maybe I am just dreaming.or maybe benda itu cuma jelmaan.Like I said before,apa pun ia hanya Allah yang Mengetahui.Betul atau tipu,Allah saja yang ada bersama saya masa tu.Hanya Dia-lah saksinya.Dengan sedikit ilmu tentang 3 Qul,saya baca ketiga-tiga surah   tersebut sebagai amalan.Tak kira siang atau malam.Saya baca juga ayat Qursi setiap kali hati gelisah.


Saya rasa tak tenang dah duduk kat rumah sekarang.Sungguh,saya tak rasa bebas dah dalam rumah ni.Rasa takut takut je nak bergerak.Bila keluar rumah,feel-free yang amat.Tapi bila balik semula rumah,semua serba tak kena.Allah..Mudah-mudahan perasaan tu hilang tak lama lagi sebab saya suka sangat design rumah ni,sayang sangat rumah ni!T_____T


2 comments:

Niesa said...

niesa yg baca ni pun dh seram apa lgi awak yg mengalami..Allah Maha Mengetahui.. semoga awak getting better..

Unknown said...

Thanx niesa

ujian Allah itu pelbagai.sy redha and i am getting better now =)