♡ izzah ♡: Bedazzling Project : Upgrade Kurung Cotton

Saturday, September 15, 2012

Bedazzling Project : Upgrade Kurung Cotton

Assalamualaikum

Lama dah rasanya nak cerita pasal projek yang saya buat sepanjang Ramadan haritu.Tapi asyik tertangguh je.Well,sekadar nak share idea pada sesiapa yang punya ke confuse an untuk bergaya dengan limited bajet yang ada.Maklum,orang sekarang 3 hari raya dah buat majlis kahwin.Mana nak prepare baju untuk raya,baju open house,baju pergi kenduri lagi.Semput mak nyaaahhh...

So,tak usah pening-pening.Renew aje baju lama korang dengan penambahan manik.Upgrade lah senang kata.Manik-manik kat baju ni sentiasa in trend sepanjang zaman.Dont worry be happy gituw!

Saya beli baju kurung siap ni kat Carrefour Batu Pahat.Baju kurung memang banyak tapi apa yang saya nak tak jumpa.Serius,saya agak memilih bab material baju and my choice is more on cotton or lycra yang plain.Cari punya cari jumpa satu.Tapi harga bapak mahal.Sepasang RM200++.Disebabkan nak cepat dan hasben on je,saya ambil jelah.Bila dah balik rumah baru saya menyesal sebab belek punya belek materialnya bukan high-grade cotton pun.Harap sulam je lebih.Takat kain macam ni saya beli dan tempah kurung biasa tak habis RM50.Nak bagi vogue upgrade je manik.Bukan kedekut tapi memang tangkai jering!




Even kualiti pun tak se gah harga.Takde trim di leher and ada part sulam menyulam dibiar tanpa tindakan lanjut.



Tapi,nasi dah jadi bubur.Nak jadikan nasi balik memang kebulur.So saya decide nak tambah manik kat baju supaya nampak sepadan dengan harga.Sehabis yang boleh saya cuba,inilah hasilnya..








Nasib baiklah ada lebihan beads dalam simpanan.Manfaatkan apa yang ada,itu lebih berkat kanPart yang tak molek tu saya kasi pembelaan sikit.Dapatlah juga raya sakan dengan baju ni.Serius tahun depan saya lebih choosy.First time beli baju raya ready-made.Before this either ibu buat atau tempah kat taylor je..uhuk uhuk.


No comments: