Salam Dearies
Bulan Ramadhan ni,bazar makan tumbuh bak cendawan kan?Nanti dah tinggal dua minggu puasa,bazar raya pulak tunjuk taring.Begitulah adat musim raya kita kat Malaysia.Ibaratnya,tanpa bazar makan dan bazar raya,hari raya tak bermakna laa!Saya belum rasa bahang nya lagi.Almaklum,duduk di ceruk.Lambat la sedikit gamaknya menerima efek.Haha..
Okey.Berhenti mengarut.Sekarang,saya nak bagi tips bercermat kat bazar ramadhan a.k.a bazar makan,tanpa buat dosa tau.Hisyh!Bulan puasa jangan la tergoda buat dosa ye..(^_^) Dosa apa?Dosa pembaziran.Haa..Cubalah kalau anda rasa anda selalu terbazir makanan..
Tips 1 :
Sebelum pergi bazar,berangan-berangan la dulu nak makan apa hari tu.Masa kat opis tengah layan mengantuk,daripada mengumpat lebih baik berangan makanan yang lazat2.Opss!Jangan lebih2 pulak.Kalau dah imagine sampai terliur tu tak patut la cik kak oi..Bukan apa,bila dah agak2 mengidam kan senang.Kalau mengidam nak makan murtabak ayam,sampai bazar je terus cari kedai murtabak.Tak adalah kita terhegeh2 berjalan nak tengok dari satu kedai ke satu kedai.Nanti habis setiap kedai dibelinya kuih tah apa2.
Tips 2 :
Pergi bersendirian lebih bagus.Kalau bercinta,berdua lebih baik,tapi kalau pergi bazar anda dinasihatkan tak berteman apatah lagi berdating di bazar ramadhan.Nak pilih kuih satu hal,main soal balas la,main oo som la...Tauke ayam percik bengkek je tengok.Duduk depan ayam percik lama2,beli nya dua ketul.Tu baru satu kedai...Nanti jalan lagi depan,nampak yang lain,beli lagi.Kalau berdua atau bergeng,selagi tangan masing2 tak penuh,rasa macam tak cukup makan kan.Tapi kalau bersendirian,tangan cuma dua.Nak beli banyak2 macam segan.Lagi2 anak dara.Penyudahnya,beli seplastik dua terus blah.Kan tak membazir tu dan jimat masa tu.
Tips 3 :
Penting ni!Jangan bawak duit banyak2 masa nak pergi sana.Kalau anda bujang,RM 20.00 mungkin dah terlebih cukup.Lagi banyak duit,lagi besar nafsunya.So,tak payah mengada pergi bank sebelum pergi bazar.Kuali kecuali kalau dah tak berduit langsung dalam poket doremon tuh!
Tips 4 :
Perlu diingat,bazar ramadhan setahun sekali je.So,better beli juadah yang pelik2 dan anda jarang makan.Mungkin mee wantan,sata ikan,segala jenis ikan bakar,kerabu mangga,murtabak,nasi kukus dan lain2.Macam karipap,donut and the geng tu tak payah la beli.Kecuali la anda tu hantu karipap dan tak boleh buka puasa kalau tak ada benda alah tuh.Huh?Ada ke macam tu??
Tips 5 :
Buat2 lah pekak bila orang cakap ayat2 macam ni kat anda:
"ayam percik dik..sedap..sesedap mata memandang adik"
"beli air dik..laici susu semanis senyuman adik..manis je kan"
"lauk kak..mai la singgah..sedap ni"
"beli dik..disebabkan dah last,abang bagi percuma satu khas untuk adik cantik"
"abe..singgah be..sata ike ado,nasi kerabu ado,calon isteri pon ado!"
Jangan terpedaya.Ini semua tipu helah.Kalau tergoda,habislah anda.Balik rumah tak habis makan,tauke tu jugak yang gembira kekayaan.Nak jaga hati,senyum lah balik kat orang tu.Dapat juga pahala sedekah.
Tips 6 :
Paling mudah,pergilah bazar ramadhan bila masuk peak time.Maksudnya,anda bergesel bahu dengan orang sebelah menyebelah.Bila dah ramai orang macam tu,peluang untuk bersiar2 tengok juadah menjadi tipis.Sudahnya,beli saje mana yang nampak,dan segera keluar dari 'gua panas' tu. Nah!Sangat mudah kan nak berjimat cermat..(^_^)
Tips 7 :
Lagi best kalau anda tunggu sampai dah dekat nak buka.Masa tu tak ramai orang dah.Bermakna,juadah pon dah makin berkurang.Bukan kurang sikit,tapi banyak.Time2 macam ni lah tauke air,ayam percik,kuih muih berdentam dentum buat sale.Untung2,dapat free je.Kaut mana yang mahu,poket pun jimat selalu.Hee
Tips 8 :
Ingat saudara kita di Palestin yang sedang terseksa.Mereka sekadar makan apa yang ada.Bersederhanalah sentiasa.Fikir2 lah mana yang nak dijamah.Jangan hentam keromo je beli.Jangan ikut nafsu.Anda semua dah besar panjang.Masing-masing tahu beza baik dan buruk.Jadi,yang buruk seperti pembaziran itu amalan syaitan.Yang baik dan bercermat itu sunnah Rasulullah S.A.W.Pilih la mana yang terbaik kalau nak jimat poket.
* rindu nak makan cucur udang bazar segamat ngan tembikai laici bazar serdang..nyum2..
4 comments:
alolo...ari2 org p bazar ramadhan serdang
which one yang jual tembikai laici yang sedap yer izzah?
waahhahha..
best nye~~
tak ingat la dura
rasenye kat line depan kot
abg2 yg jual..
hmm..4got already..hehe
ai...izzah
selepas baca entri u...so i decide tuk cari kedai jual air tembikai laici...sekali dapat
ya allah..nikmatnyer
xterasa rugi beli
he...heheheheh saje nak jeleskan u
wooo..
menciknye!
nak jugak..nak jugak~~
Post a Comment