♡ izzah ♡: Dian,Istanbul dan Terompah Vincci

Monday, November 19, 2012

Dian,Istanbul dan Terompah Vincci


Assalamualaikum.

Ahlan wa sahlan

Sekian lama entri terpendam,hari ni baru dapat publish.Saya minta maaf pada semua blogger yang komen dan tak jemu-jemu datang bertandang blog-hidup-segan-mati-tak-mahu saya ni.Terima kasih banyak-banyak sebab follow saya.InsyaAllah,cukup masa dan kesempatan saya akan follow –back dan sambung entri saya yang lepas especially for PTPTN dan masalah PCOS saya tu.

U all dah tengok cerita Istanbul aku datang?Saya dengan hasben awal-awal lagi dah pi tengok.Memang nak sangat tengok cerita tu since saya tertengok the making of filem tu kat tv3.Terpaut pulak dengan watak Dian by Lisa Surihani dalam movie tu.Comel gila kot.Dengan rambut dia,dengan style dia,paling tak tahan pakai stiletto macam pokok kelapa duk lari and panjat tangga.Kalau saya confirm patah.Bukan heels patah,tapi kaki yang patah! And kurus.hee..Biasalah orang perempuan kalau tengok movie,mesti nak feeling-feeling heroin kan.well..klise.Haha.Tapi memang betul,I thing some of the part dalam love story ni sama macam me and hasben.Hasben saya tak romantik sangat,macam Azad (Tomok) tu.Very straight.Suka advise banyak kali sebab dapat ‘girlfriend’ degil but clumsy.Bila saya kena tegur,mulalah buat muka.Just like Dian.hewhewhew..Suka sangat dengan watak Dian tu sampai saya guna nama DIAN untuk projek terbaru saya.Kemaruk siot.


First 2013 calendar from 'Istanbul'..cehcehceh

Paling best kat movie ni ialah Istanbul itself.Istanbul is jusssstttt….amazing!Aya sofia.Cantik sangat.Tengok movie,saya rasa macam kat sana dah!Saya bagi 5 bintang untuk panoramic.Sampai saya cakap kat hasben,saya nak apartment macam yang Dian ‘share’ dengan Haris tu.Comel,very vintage and bila bukak tingkap pagi-pagi je nampak beautiful scenery dengan udara segar.walaaaa….lagipun,rumah tu kecik je senang sikit nak kemas compare dengan rumah saya sekarang.Mana nak kemas living room,dapur lagi, nak cuci 2 toilet,kemas laman yang dalam rumah lagi.Dush!Walaupun saya full-time housewife,tapi ada masanya saya malas tau.well.humankind.

So,berbalik pada Istanbul Aku Datang.Siapa yang tak tengok lagi tu,bolehlah pergi tengok.No matter pergi wayang,astro first or by CD je.Selalunya kalau tengok movie,sebelum tengok saya excited lebih tapi lepas tengok perasaan tu hilang gitu je.Macam,ok dah tengok.hmm puas hati..ok.Cukup..Tapi cerita ni,saya rasa macam nak pergi wayang lagi and tengok banyak kali.Seriously tak jemu.Langsung tak menghampakan.ceh!cakap macam pengulas filem.Percayalah.Sekali sekala tengok romantic komedi apa salahnya.Asyik action thriller je.Jemu mak nyaaahh.




See,terompah vincci yang saya pakai that day.Buruk sudah.Tak tahu kenapa dalam banyak-banyak kasut saya asyik pakai terompah ni je.Pergi tesco pakai ni,pergi pasar pakai ni,balik kampung pakai ni,even pergi jemputan kahwin pun pakai ni.Bukan hasben tak belikan kasut.Macam-macam patern dah.Untuk pergi event ade heels,nak jalan-jalan ada wedges,nak pergi shopping ada ballerina,pergi interview ada formal shoes,balik kampung pun ada kasutnya sampai selipar buat pergi pasar pun dia belikan brand vincci jugak.Tapi hok ni jugak yang saya duk lenjan.Banyak kali jugak dia tanya ; takde kasut lain ke yang?Barulah saya tukar.Kalau tak,saya biar je terompah ni kat kaki saya.Mungkin sebab terompah ni sesuai untuk semua keadaan,pakai dengan baju kurung boleh,pakai jeans pun molek,pakai dress pun ok.Plus..selesa  sangat.Tu yang senang kot.Hari yang sama tengok movie,saya singgah Vincci.Cari terompah dah tak ada sebab terompah ni saya beli kat Melaka sebelum kahwin tahun lepas.Habis trend agaknya.So,beli jelah ballerina ala vintage tu.Alang-alang tu rembat beg sekali.Nasib baik ada b’day card,tapi bukan saya bayar pun.hewhewhew..

No comments: