♡ izzah ♡: I am the PCOS

Saturday, September 22, 2012

I am the PCOS

Assalamualaikum

Entri kali ini berbaur ke-lady-an.Sedikit sedih,tapi seboleh boleh memujuk kegusaran yang bertapak.Jadi,silalah baca sesuka hati.

Please,be open-minded all..

Sejak dua minggu sebelum raya sampai  dua minggu sesudah raya period saya tak berhenti.At first,saya fikir masalah biasa since masa first time saya period,it take a month.But,bila tengok darah tak menujukkan tanda nak berhenti,saya mula risau.Masa kat kampung saya ada pergi berurut dan bidan cakap rahim saya bengkak.Memang sakit masa tu.Disebabkan cuti raya tak lama,hasben decide nak balik lagi cuti raya haji supaya saya boleh teruskan treatment cara kampung.So,I get long with my life as usual.

Tapi lama-lama saya makin risau bila ibu bising suruh pergi jumpa pakar.Fine.Maybe instinct seorang ibu boleh membagi tanda.Saya pun pergi jumpa pakar ditemani hasben.First time jumpa pakar,saya expect penyakit saya mungkin tak begitu teruk.amboi.sempat lagi optimis!Habis disoal jawab oleh dokter,then he done a simple scan.Yes!Dokter itu adalah lalaki.Malu I (*____*).

After scanning,dokter berkira kira untuk membagi jawapan.Saya dan suami tunggu dengan sabar kat depan dia,di depan matanya.Lepas tu,dokter pun bagitahu yang saya penghidap PCOS.Suami terpinga,saya apatah lagi.Seumur hidup memang tak pernah tahu apa itu PCOS.Bila saya tanya apa tu,dokter cuma cakap "sejenis sindrom biasa dialami wanita,masalah berkaitan hormon saje".Is that all?Tak akan itu je dokter.Come on,kami ni buta biology dan anatomi perempuan.So please explain.Tapi dokter tu terus pada consultation iaitu saya kena stabilkan hormon saya dulu supaya period recycled back to normal.If taking pills still not make any improvement,i had to go through vaginal ultrasound.Just to make sure what is the right problems.

Perbezaan PCOS & normal ovari

Balik rumah saya google apa itu PCOS.Then,now I know.

PCOS ni ialah POLYCISTIC OVARIAN SYNDROME.Paling senang nak faham,masalah reproduksi yang terjadi daripada ketidakstabilan hormon yang membuatkan kitaran haid tak tentu.From my reading,I confirm myself with this PCOS.Thought that I am ABNORMAL.*sigh

Here's a little bit pasal  PCOS ni.
  • Kajian menunjukkan 90% wanita yang mengalami haid tak teratur mengalami PCOS dan 30% yang tidak mengalami haid langsung adalah pengidap PCOS ini.Ada betulnya sebab saya punya haid tak betul sejak mula mula datang bulan lagi!
  • Punca PCOS masih tak diketahui sepenuhnya dan research sedang dijalankan untuk mengetahui sebab ianya terjadi.
  • Antara tanda utama PCOS termasuklah tiada ovulasi, ovari yang bengkak yang mengandungi cyst-cyst kecil didalamnya (mungkin ni yang dimaksudkan oleh tukang urut saya that day) dan berat badan yang berlebihan (my BMI is 25.91 and I need to reduce weight untill 60kg so that I may continue with pregnancy treatment T___T)

contoh cyst dalam ovari PCOS

  • PCOS terjadi kebanyakkan pada wanita pada usia 20-30 tak kira kaum dan budaya. Ia juga kerap terjadi dikalangan sanak saudara tapi bukan penyakit keturunan (seorang makcik saya ada sindrom yang sama).
  • Ramai wanita mengalami gejala atau simtom yang berbeza beza diantara satu sama lain yang kadang-kadang membuatkan diagnosa secara klinikal menjadi sukar.
  • Ada juga yang mempunyai simtom yang terlalu ringan seperti jerawat kecil ada juga yang mempunyai simtom yang lebih teruk seperti tumbuh bulu berlebihan pada muka dan keguguran rambut (yes!my hair keep gugur sampai terpaksa sapu rumah 2 kali sehari T___T)
Antara gejala PCOS ialah :

❀ Haid yang tidak teratur atau tiada ovulasi (kejap datang bulan,kejap tak)
❀ Tahap hormon androgen yang tinggi (terlebih hormon lelaki dan berbulu lebat)
❀ Polycystic Ovari (beberapa cyst dalam ovari)

Diagnosa PCOS boleh dibuat dengan menjalani ujian darah LH/FSH pada hari kedua atau ketiga haid, ujian tahap testosterone dan imbasan ultrasound.Wanita PCOS lebih risiko untuk mendapat masalah infertiliti disebabkan anovulasi, kencing manis, tekanan darah dan kolesterol yang tinggi, kegemukan dan masalah kanser rahim.Penyakit ini adalah penyakit seumur hidup dan setakat ini tiada ubat yang boleh mencegahnya. Jarang-jarang sekali, ia hilang dengan sendirinya.Rawatan bergantung kepada samada wanita berhasrat untuk hamil atau tidak. Ubatan termasuklah pil hormon dan ubat subur.

Okay.Cukup basic information pasal PCOS ni.Nak tahu lebih,please please please see the doctor.Selagi boleh elak makan makanan tambahan yang melambak kat luar tu,saya akan elak.Tak mahu badan seakan bergantung pada benda tu pulak nanti.Hari ni saya gi check-up lagi untuk second day period after makan ubat hormon selama 15 hari.Tak tahu apa pulak saranan dokter.Hopefully saya boleh continue to my pregnancy treatment.Harap sangat sangat dapat mengandung normal macam orang lain...huhu..For dearies yang alami tak tentuan period (period tak keluar dua tiga bulan,kejap banyak kejap sikit,kejap awal kejap lambat) and masalah berat badan,disaran jumpa dengan pakar.Tak kiralah dah kahwin ke belum.So that you all boleh buat treatment seawal mungkin sebab orang PCOS susah nak mengandung tau.

Kesana kemari sibuk mencium baby,amik berkat katanya 。◕‿◕。

29 comments:

«-°[§nºw.ªngè£]°-» said...

great info :) thnx.

♡ izzah ♡ said...

most welcome dear..sharing is caring~

ashafina said...

Salam,
Saya piun penghidap pcos n dan mengalami kegugyran rambut yg agk byk. Bole saya tau mcm mana izzah address d hairloss isu..saya pening bile fikirkan cuma saya bru start mkn fertilaid, saw palmetto n biotin tuk rambut..klu bole kita berkongsi experience ker.
So far lpas saya ambik biodex 4 mnths period mmg teratur sgt til nw cuma Allah belum nk bgi rezeki zuriat kepada kami.

Eiesha ShaFiQa said...

the same problem happend t0 me dear.. period x berhenti 3 minggu. check dgn pakar, dia scan dlm faraj. siap2 snap2 lagi2.. d0c xmau bg pjelasan lebih2 dia mnta buka web n g00gle search dulu. pas 3 bulan dsmaping mkn ubt yg dia bagi if msh x ok dia suruh dtg lagi... n0w i kn0w knapa dia suru g00gle dulu... supaya sya tidak terlalu rasa 'Dunia tamat di sini' bila dia sebut nma pnyakit tu... dear.. we pray more k.. kita pun nak gak dpt baby... :(

♡ izzah ♡ said...

ashafina :

sebenarnya hairloss tu dah agak lama.before sy kawin lagi.tp lepas kawin makin menjadi-jadi.doct xde cakap pasal hairloss,sy cume tahu from google =)

bagusnya dah makan biodex.sy cume buat treatment pakar je.lain2 takde lg.cume jaga makan je sikit2.insyaAllah,kalau kita sabar mesti ade rezeki nanti.chaiyok2!

♡ izzah ♡ said...

yes Eiesha..anggap jelah penghidap PCOS 'istimewa' sikit compare than other woman sbb kita kena usaha lebih untuk dapat anak.kene cucuk sana sini,mkn ubat berbotol2 baru boleh dapat.tapi insyaAllah,kalau kita usaha and tawakal mesti ada rezeki kita nanti =)

nuri said...

hai..
kita mngalami msalah yg sama...sy dh msuk thun ni 5 thn kawen..
sy pegi 2 tmpat untuk cek..1 kat shah alam..1 lagi kat hukm..kedua2nye kata sy de PCOS..sy period xmnntu slps kawen..sblm kawen ok teratur..so, skang sy sedang menjlni treatmnt doktor.salah 1 nyer mintak sy berdiet dan exercise..selain mkn suplemnt ats sarann doktor..mudah2an Allah perkennkan permintaan kita..tuhan sedang menguji kita dgn cra begini..sama2 kita berdoa yeee ;) yg petg jgn sedey2...always +ve thnkng key..

Lulu said...

assalamualaikum..
same lah sy.. sy rs sy pn pcos.. doc tk bg details tp dlm pembacaan sy (serve internet) i'm one of the pcos patient.. ermm.. tk th smpai bila mcmni.. dugaan nye pd kite kan.. sy kawin 3 tahun.. 2 bln keblkgn ni period tk henti2.. :(.. amik ubat supplement dr pakar.. n now need to reduce weight 5 kg.. skrg br 1 kg.. kena buat exercise.. moga ALlah permudahkan urusan saya n rakan2 lain..amin..

Kc Kasedah said...

hmm saya belum berkahwin. tapi dah puas dah pegi jumpa pakar utk setelkan masalah hormon dan period yg tak menentu ni. sama jugak mcm awak, saya kena turunkan berat badan saya. rahim takde masalah katanya. saya dah alami semua ni since 14 tahun, kena makan pil perancang stabilkan balik hormon. hmm sekarang pun masih menghidap penyakit yg sama dan skg ada anemia sampai terpaksa bergantung pd ubat. bulan 5 ni kena gi check up balik. hmm :(

noor sheila said...

Assalam..sy sedg mencari2 maklumat pasal pcos and jumpa blog ni..just nk share something..my officemate ada mslh period x lancar dan amat sikit..dia da bt check up dktr and dktr britaw dia ada mslh hormon(mayb pcos)..dia amalkan GLA shaklee..alhamdulillah,skrg period dia da lancar dan byk..

==>> http://shelovevitamin.blogspot.com/

sharfawani ismail said...

assalam ladies sume ;) if ade masalah hairloss, boley cuba supplement shaklee..utk masalah PCOS ni jgk, shaklee ade supplement utk bantu stabilkan hormon+regularkan period+tgkatkan kesuburan utk ikhtiar dptkan bby..kalo ladies sume berminat nak tau lebih lanjut pasal produk2 shaklee ni, boley add sy d fb (sharfawani ismail) or juz sms or wssap 0179623963 ;)
sy doakan ladies sume cepat2 dapat bby n paling penting jgn putus asa ye sayang2 sekalian ;)

zaza:) said...

hi...saya mencari blog Malaysian yg berkongsi crita PCOS ni.sy pn salah seorg darinya.susahnya nk mengandung...nh da masuk 4tahun kami kahwin.dah mcm2 wt,IUI,IVF...sampi xde duit dh.yela,nk zuriat,xleh bnding dgn harta.sy ad jga mgurut dgn bidan,dia ckp adla ni...tggu masa.hmmmm

izhams said...

Thanks for the info.... wife pun baru je check and kene PCOS... hope bleh share result from the treatment...

izzah azwan said...

Nuri : Thanx for sharing dear..harap awak akan terus berusaha ye..=)

izzah azwan said...

Lulu : Masa treatment that day sy tak sampai kena diet.hehe..just mkn ubat henti darah period n continue dgn infertility treatment.chaiyok2 nah!

izzah azwan said...

Kc Kasedah : Poor u dear.ada juga yg lebih parah dr sy.takpe syg..lebih baik start sebelum kawen,mana tahu lepas kawen ade chance bunting pelamin =)...harap awk bersabar dan terus berusaha ye.kalau boleh dptkan BMI yg ideal dulu..

izzah azwan said...

noor sheila : thanx for sharing ya..sy pn ada dgr pasal shaklee product,rasanya those yg ada mslh boleh try selain amalkan biodex.alhamdulillah sy tak perlu semua tu =)

izzah azwan said...

sharfawani : Thanx for sharing dear =)

izzah azwan said...

Zaza : Wow..IUI,IVF those treatment mmg tinggi kosnya.setakat ni sy mmg tak mampu sbb sy ni housewife je..but,seriuosly dear insyaAllah ada rezeki.just keep on praying,Allah sentiasa mendengar =)

izzah azwan said...

Izhams : Thanx dude..harap encik izham boleh keep on support ur lovely wife k.kena banyak sabar.ada duit lebih,bawalah wife pegi treatment yg sewajarnya sebab in this stage,isteri betul2 perlukan full-support n keprihatinan dr suami..gd luck!

Amanina said...

Assalamualaikum
saya pon da PCOS.
da try diet.
tp susahnye nk turun :(

fuzza nissa said...

gud info dear....bnykkan berdoa. kerana apa pun kuncinya adlah doa and ikhtiar.

www.mummysayf.blogspot.com

Anonymous said...

hi

Hazriana Haidzir said...

Salam sis, nk tny, ubat hormon apa yg awk mkn on the first stage tu ek? Is it birth control pills? Harap boleh share. Tq :)

Anonymous said...

salam..sy br 23 tahun n doctr suspect ade PCOS jgk..skg tgh buat treatment..kdg2 rse mcm cdey,..tp kite kne kuat..mudah2an penyakit ni akn sembuh..amin..

Maria Firdz said...

owh... baru tahu... thanks for the info.. :)

Anonymous said...

hai..smua..sya pn ada pcos jgk...tp lain skit sya period tiap2 bln..cma kurang hormon utk matangkan telur...sya g pakar hosp kerajaan ja..doct bg clomid utk mkn bla sya period...alhamdullah smlm dokt sahkan telur sya dah matang dan bersedia utk disenyawakan..skrg tggu berita baik...doakan sya pregnant yer...

Anonymous said...

Salam... Sy pun ada pcos...b4 kahwin lg... Sampai sy pernah terpikir xmo kawin...alhamdulillah sy dah ada 2 anak... Teruskan usaha dan ikhtiar... Allah sentiasa mendengar doa hambanya..kalau bileh, buat solat hajat 44 mlm berturut2... Ada seorg hamba Allah bg saya zikir n doa... After solat hajat, saya buat zikir dan doa tuu.... AlhamdulillH mmg Allah makbulkan.... Sy x sangka sgt sy mengandung, sbb doktor bg sy ubat turun period, tp period still x turun2... Rupa2 nya sy mengandung 5 minggu... Kalau Allah dh ttpkan tu rezeki sy, mmg Allah bg walaupun kalau ikut logik period sy akan turun lpas mkn ubat tu... Sy dulu period setahun skali je... Agak kronik juga la ... Yg penting jgn putus asa... Letak segala kebergantungan kepada Allah. Teruskan usaha... - mas

Anonymous said...

Salam semua..sy merupakan salah sorang yg mengidap penyakit PCOS..sy dpt tahu pd tahun 2005. slps sy berjumpa pakar sakit puan di UKMSC..apa yg saudari alami sama seperti sy..doc sy sarankan makan ubat-ubatan sama macam puan + suntikan utk banyakan telur selama 5 hari pada hari ke 5 period. angaran ukuran 3 jari kebawah dari pusat. sakit memang sakit..naluri utk dptkan zuriat sendiri bergitu menebal..perasaan sakit hilang bergitu saje..alhamdulillah nasib baik hubby sy berani enjit kat perut sy kalau tak setiap hari kena pergi hospital..hari ke 10 sy kena datang hospital utk membuat scanning ovari kiri n kanan sy ..melihat perkembangan telur sama ada telur sy matang (>diameter= 15mm) atau tidak..n brpa banyak..sekiranya telur sy tidak matang sy kena teruskan sambung suntikan dgn high dos n sekiranya telur sy matang sy harus mendapatkan suntikan terakhir utk melembutkan selaput telur yg matang..n diberi tarikh utk bersama..seminggu selepas bersama dikehendaki menjalani ujian darah..boleh ketahui sama ada pregnant ke tidak..alhamdulillah tahun Januari 2007...sy dpt berita gembira..sy pregnant :).happy tak terkata..n sekarang anak sy perberumur 6 thn..pregnant ke2 sy pun sy buat triment yg sama tapi janin dlm kandungan sy gugur (4 bln)..Insyaallah hujung tahun ni sy n hubby bercadang utk sambung triment yg sama utk 2nd baby sekiranya duit cukup..Amin...Note: pesanan sy kepada semua termasuk diri sendiri: jangan terlalu strest, cepat mengalah n yg penting harus sabar..sentiasa berdoa kepada ALlah yg Esa..