♡ izzah ♡: Panas dari Dapur : Fatty Bread

Monday, April 2, 2012

Panas dari Dapur : Fatty Bread

Assalamualaikum





Fatty Bread.Haa..ada berani nak cuba?For those yang tengah on diet diharamkan untuk mencuba sebab roti ni penuh lemak berkrim disukai ramai.Suka ke?Dengan tidak membuang masa lagi,marilah kita lihat sejauh mana kegemukkan roti ini.


Bahan-bahan :
16 keping tepi roti (ala..tepi roti yang korang tak suka makan tu)
1 biji telur
1 tsp susu segar
Sedikit garam
2 tsp mentega/butter
Gula untuk hiasan

Cara buat :
  • Pukul telur dengan campuran susu segar dan sedikit garam
  • Panaskan kuali/non-stick pan dengan mentega

  • Celupkan tepi roti dalam telur
  • Goreng sampai kekuningan (jangan lupa balik balikkan kalau taknak hangit!)
  • Angkat dan biar sejuk seketika
  • Tabur gula bila sedia untuk dimakan (saya pakai icing sugar je)

Rasa memang lemak lemak masin.Dengan butter,telur dan gula dah cukup untuk membuktikan bahawa roti ini mampu menjadikan anda daripada petite kepada chubby.OK.Bye

No comments: