♡ izzah ♡: Perempuan Lebih Berusia.

Tuesday, March 27, 2012

Perempuan Lebih Berusia.

Assalamualaikum

Ada sorang kawan lelaki pernah bertanya,
"salah ke aku kalau aku kahwin dengan perempuan yang lima tahun lagi tua dari aku?"

Saya jawab dengan pertanyaan,
"dah kenapa kau kemaruk perempuan tua pulak?weh.banyak lagi perempuan muda bergetah cute comel lote yang boleh kau buat bini kat luar sana tu."sekadar provok sebenarnya.

Beliau tak membalas.Diam seribu bahasa.
Ermm..agak kurang ajar kah menjawab pertanyaan dengan pertanyaan?agaklah kot.

Jadi,saya pun membuat perkiraan dan penghujahan kepada si kawan tadi.

Bahawasanya tidak salah jika kita sebagai perempuan berkasih sayang dengan seorang lelaki muda nan jambu.Begitu juga sebaliknya.Kerana idola umat Islam iaitu Nabi Muhammad s.a.w juga mengahwini Saiditina Khadijah yang jauh berusia daripada baginda,dan baginda sangat sangat menyayangi isterinya yang satu itu.
Malah,perkahwinan bahagia tidak diukur melalui beza umur pasangan suami isteri tapi soal kematangan yang jadi keutamaan.

Cuma,pemahaman dan pandangan mata hati masyarakat Malaysia yang adakalanya menjengkelkan dan mempersoalkan fitrah manusia seperti itu dengan alasan lelaki sepatutnya mengahwini perempuan muda atau seusia supaya kesepadanan itu jitu.Dan ibu bapa memilih menantu perempuan lebih muda daripada anaknya supaya anak lelaki kesayangan tidak akan merasa tempias queen control.Apatah lagi menantu perempuan yang muda mudah dilentur dan mendengar kata.

eh eh siapa cakap?

Habis kalau anak lelaki makcik kahwin dengan perempuan muda setahun dari dia dan jenis anak manja yang besar kepala macamana?Harus semua perkara mengikut kehendak dia tanpa fikir perasaan si suami.Lepas tu anak lelaki kesayangan makcik duk gila meroyan sebab kena ikut cakap bini.Apa kes kan.Tak pun anak lelaki makcik kahwin dengan anak dara sunti baru lepas habis sekolah.Dan dan pula tak pandai uruskan hal rumahtangga segala.Lepas tu makcik jadi mangsa kene bereskan semua termasuk basuh baju dengan seluar dalam menantu sebab kedua dua menantu dan anak makcik kerja 24 7.Dalam kes lain,anak makcik yang cuma seorang despatch berkahwin dengan bos tempat kerjanya sendiri kerana mereka seusia dan cukup lama bercinta.Tiba tiba lepas kahwin si menantu buat perangai dengan membezakan pangkat dan darjat.Dekat rumah depan makcik pun dia berperangai bos padahal suami sepatutnya lebih berkuasa.Tapi disebabkan 80% barang dalam rumah dia yang beli dengan rumah rumah sekali atas nama dia,dia pun buat ikut suka,menengking suami siang dan malam.Nah.Sekarang fikir.Adakah usia memainkan peranan dominan dalam menentukan bahagianya rumah tangga?Semestinya tidak semestinya.eh.Ayat apa ni.Maksudnya,tak semestinyalah.Terkadang,ada perempuan berusia yang matang dan  punya sikit sifat keanak-anakan yang mampu menyenangi hati lelaki bernama suami.

Jadi,perkara seperti kesefahaman,tolak ansur,humoristik,saling sayang menyayangi,kepercayaan dan kematangan merupakan pokok bagi kesejahteraan rumah tangga.Namun,sebagai orang yang berpendidikan,kita yang perlu mengubah persepsi dan stereotaip masyarakat 'kampungan' seperti itu secara berhemah.Kalau orang kampung duk mengumpat caci,biarkan saja.Bila dah penat,mereka akan automatik diam.Tak payah susah susah nak tutup mulut longkang orang macam tu.

Dan pada akhirnya,

"aaaaahh!Biarlah apa orang nak kata.Aku yang cari duit nak kahwin,bukan jiran sekampung!Aku yang cari bini,bukan orang kampung tolong carikan!" 

Saya cuma mampu tersenyum memandang kata kata akhir kawan yang saya kira cukup berhemah.

Demi Moore & Ashton Kutcher

Maizawati & Suami Muda


4 comments:

Edura Hanum said...

lain orang lain citarasa
ada yang nak muda ada yang nak lebih berusia.kata mereka kalau berusia itu lebih matang dan kukuh dari segi kewangan.
tapi jika si jejaka memilih pasangan hidup yang lebih berusia diharap apabila usia sudah lanjut janganlah berubah hati.

NurulizzaH said...

Betul tu.Lain padang,lain belalang.Iye dak..

..cik gugu.. said...

sy sdri kdg cri lelaki lg tua drpd usia sy, jd ta slh lau laki juga cri pmpn yg lbh tua dr dy .. lbh mudh ble kte komunikasi dgn org yg matang ;)

ema said...

age doesn't matter :)