♡ izzah ♡: Menjadi Isteri Itu Syurga 。◕‿◕。

Saturday, March 3, 2012

Menjadi Isteri Itu Syurga 。◕‿◕。

Assalamualaikum

Bangun pagi tiba-tiba..tehehehee..
comel je encik suami ni 

Bahagia sungguh rasanya bila dah bergelar isteri.Sekarang hidup saya dah berubah.Lebih tenang,lebih happy.Tak payah fikir pasal duit minyak kereta,tak payah fikir nak korek bank bila kereta rosak,tak payah OT kerja sampai malam lagi,tak payah terkejar-kejar pergi klinik bila rasa demam,tak payah sibuk nak beli majalah persona pengantin untuk wedding-preparation,tak payah mintak kebenaran ibu dengan ayah nak pergi dating (saya lebih prefer tinggal dengan parents masa bujang),tak payah nak suffer + nangis sorang-sorang bila accident lagi,sungguh..perit tinggal berjauhan dengan bakal suami dulu...ermm..what else?Oh ya..paling best,rasa ringan sikit badan ni daripada tanggung dosa berdua-dua an masa bercinta dulu.amboi..laser ~.~ hehe..maaf..



Walaupun suami tidak memandu BMW,juga tidak menjanjikan bulan madu ke Paris, bukan juga dari kalangan alim ulama apatah lagi keturunan datok diraja tansri sultan dan seangkatan,saya merasakan beliau lah suami yang terbaik.Alhamdulillah..Alang alang dah jadi isteri,saya nak rebut semua peluang untuk dapat pahala free.Yup.Pahala free bagi seorang isteri adalah melakukan segala-galanya untuk suami demi Allah dan ketaatan pada suami.Awesome kan?!

Menjadi isteri itu syurga sebab semua yang kita buat untuk suami menjanjikan pahala.Saya masak untuk suami dapat pahala,bagi suami minum dapat pahala,mandi untuk suami dapat pahala,pakai wangi-wangi untuk suami dapat pahala,kemas rumah dapat pahala,basuh baju suami dapat pahala,bercakap sopan dapat pahala,tolong urut suami dapat pahala,peluk cium suami dapat pahala,tidur ngadap suami dapat pahala,hatta saya cuma senyum dengan suami pun dapat pahala,apatah lagi kalau saya taat dengan suami,mengandungkan zuriat suami dan menjaga kehormatan rumah tangga kitorang..lagi besar pahala yang isteri dapat...Subhanallah...Besarnya ganjaran Allah untuk para isteri..semudah itu isteri dapat kumpul pahala..segala-galanya pahala.Seronok tak?Kalau seronok cepat cepatlah kahwin 

2 comments:

Edura Hanum said...

bahagianya rasa kan bila ada seorang lelaki menjadi peneman hidup

NurulizzaH said...

awak bile lagi sygs??~