♡ izzah ♡: Kisah CUSTOMER picisan lagi

Tuesday, July 13, 2010

Kisah CUSTOMER picisan lagi

salam dearies~~


well..well..well..Pagi2 sudah mahu membebel.Yup!Sy sedang geram.Sy tak tahulah ada peniaga online lain yang pernah rasa macam sy atau tak.Tapi sy betul2 sedang berdukacita.Waah gituu...Bukan kerana tidak untung,tapi meluat dengan sikap GREEDY customer yang tak tahu dek untung.







Walaupun kes sy tidak sehebat Dni, tapi sy tetap nak juga luahkan kat sini.Siapa tak suka,sila stop reading here okay!.

Semalam,sy dapat email dari seorang customer nak beli blouse sy.Price yang sy letak RM 30 with free postage.She's look at mudah sebab iklan tu sy letak kat mudah.Yup.right!Memang kat mudah.my kita boleh bargain tapi agak2 la kan.Dia hantar email nak nego sampai RM 20.Waahh!Tapi sebab barang tu pun pre-loved and dah guna sekali,sy bagilah dia 'amik' harga tuh.Takpela,sy bukan pikir untung sangat,janji orang nak beli.sikit pun untung jugak what.

Then,sy cakap kat dia,free postage tu untuk registered post sahaja.Kalau nak guna poslaju please add another RM 3.Salah ke sy mintak tambahan sebab dah memang syaratnya macam tu??Kalau RM 20 with free poslaju ,matilah sy.Maknanya,RM 20 + RM 3 = RM 23. 

Then,dia reply dia prefer post-express dengan kadar bayaran RM4.50.So total dia nak bagi sy RM 21.50 via MAYBANK ONLY.aikk??!!siapa peniaga and siapa customer nih?!Dia pulak yang tetapkan syarat.Sy cakap elok2 dengan dia,sy tak ada akaun Maybank sebab sy dah tukar ke CIMB.So,choose mana satu either CIMB or PublicBank.Sebab tak nak susahkan customer,sy give acc no. sekali.and RM 21.50 itu apa?Setahu saya,registered post dan post-express itu amat jauh berbeza.Jadi saya prefer dia bayar RM 24.50 atau RM 23 pun okay sudah.Waktu ni sy dah start hangin tapi sy sabar jugak sebab sy ingat prinsip,customer is always right (*~*)

Pastu,dia replay email sy,kata nak pakai CIMB tapi cuma bayar RM 20.Again??Alasannya pada sy amat bodoh sekali.Serius.Sy tak tahulah sy yang bodoh atau dia yang bodoh.Tapi dia cakap,CIMB atm machine tak boleh bank in duit kecil.What da??Habis,pakai MBB boleh la plak??Sy tak tahu ada atm machine yang boleh bank in RM 1 and RM 0.50.*blur..sigh

Mula2 sy ingat dia nak bayar kat kaunter sebab kat kaunter tak ada masalah nak bank in berapa jumlah sekali pon.Sebelum ni banyak kali sy beli barang terpaksa bank in dikaunter sebab machine tak nak duit kecil dan jumlah barang tak tentu.Sebagai customer,sy fikir risiko dan syarat2 yang dikenakan.Tapi customer sy sangat.........tahla.Pada sy,kalau dia betul2 nak barang kita,dia fikirlah sendiri risiko yang dia kena amik.Ni tak,jadi customer dungu yang menyusahkan peniaga.Kalau ada masalah dengan waktu nak bank in,bagitahu.Peniaga boleh tunggu.Tak ada masalah.Even kalau kau online transfer pun boleh,cuma kene tanggung kos transfer ke bank lain lah.RM 1 je kot,bukan banyak pun.

Jadi,tak nak panjang cerita sy let go je lah dengan harga sebegitu.Lagipun,semalam kan sy pening,malas nak berfikir.Sy accept jelah.Tup..Tup..Pagi ni sy dapat email dari dia,dia bank in jam 8am and sy terkejut bangat bila tengok address nya,its from SARAWAK!Sy ditipu or what??Honestly,sy sangat kecewa.Dari awal lagi sy mintak address,dia tak bagi.Bila dah bank-in baru dia bagi.Kenapa buat sy macam nih?Awak tahukan postage rate ke Sarawak mahal.Sekarang ni sy dapat apa je??Sudahla berang awak main2 dengan harga,sekarang barang nak hantar ke sana.Saya congak congak,RM 20 tolak pos ke Sarawak RM 11,maknanya baju saya RM 9.urmm..sigh lagi.

Kalau ikut hati jahat sy,sy takkan post barang tuh.Sampai sekarang barang masih ada pada sy.Sy tak mahu malukan awak,tapi ingat,sekali awak buat orang,3 4 kali awak akan kena balik.Tuhan tu maha adil.Nama penuh awak tak bagi.Sy suruh sms awak tak mahu.Memang dasar awak berniat nak tipu.Tak apa.Kali ni sy lepaskan awak.Tapi next time,sy akan lebih berhati2 dengan customer Sabahan or Sarawakian sebab dikalangan mereka ada yang suka ambil kesempatan.Mereka akan cari barang free postage.Bagi yang jujur,mereka tak ada masalah dengan harga and sanggup tambah duit postage sebab mereka tahu mereka dimana.Syabas untuk Sharifah Zainon dari Miri,customer yang  jujur dan telus.Tapi bagi yang GREEDY,mereka akan cari jalan supaya dapat miliki barang mengikut harga mereka.Diulangi,HARGA MEREKA!!

*sy tak akan give up jadi peniaga hanya kerana customer picisan seperti ini!ada lagi story lain.lain kali sy story.sekarang nak ke pejabat post.bye2

No comments: