Wednesday, December 5, 2012

Cantik


Assalamualaikum

Ada apa dengan cantik?Cantik ada segala-galanya.
Justeru.Ramai orang berebut nak cantik.
Apa?
Banyak jerawat?
Takpe.Oxy kan ada.
Apa?
Bintik hitam datang lagi?
Jangan risau,Clean & Clear kan ada.
Apa?
Jeragat dah mula timbul?
Rahsianya,Tia Amelia.
Apa?
Kulit berkedut kedut?
Dengan Olay Total Effects anda dapat menentang 7 tanda penuaan.
Apa?
Kulit gelap dan hitam?
Fair n Lovely....cubalah!
Tepuk dada,tanya selera.

Tapi awas.Tak semua yang bersolek tebal itu cantik,dan tak semua yang berjerawat dan berjeragat itu hodoh!Masih ada kekurangan dalam kecantikan dan masih ada kecantikan dalam kekurangan.Yang namanya hamba Allah itu tak sempurna.Bersyukurlah apa yang ada.Kerana selagi kita bersyukur,Allah akan melihat kecantikan kita......





No comments:

Post a Comment

NgomOnG2 ~~