Thursday, November 22, 2012

PTPTN : Masa Menunggu

Assalamualaikum

ahlan wa sahlan semua..

Last my entri pasal PTPTN is L.O.D.PTPTN.Caps lock kau.Actually,I don't really understand what are the staff job descriptions and how did they run their tasks.Sebab last saya pergi ptptn one stop center at KL Sentral,saya rasa saya tak patut explain kat sini how messy their services was.But I have to supaya orang lain boleh get ready dengan such kind of services.Staff tersangatlah ramai.Tapi bila dapat customer main passing sana passing sini.Macam bola.LOL.Tak profesional langsung.Kerja staff ke hulur ke hilir macam kerja tak boleh siap seminggu.Padahal borak pasal bola malam tadi,cerita kedai kopi masa minum pagi!Haih.Pening saya kat situ.Sepuluh kaunter buka,tapi yang attend customer cuma lima je.Kenapa jadi macam tu?

Saya sampai dalam 10am.Ambil nombor giliran dan tunggu 15 minit untuk dilayan.Kalau sepuluh kaunter ada,tujuh untuk kaunter pertanyaan dan cuma tiga untuk kaunter bayaran.Padahal yang datang haritu semua que untuk buat pembayaran.Berapa kerat je nak bertanya bagai.Pun tak ramai customer sebenarnya.Bila tiba giliran,saya diminta pergi kaunter sebelah untuk confirmkan jumlah L.O.D tu dulu.Kaunter sebelah means,kaunter sebelah pintu iaitu kaunter untuk Senarai Hitam.Walaupun saya dah tahu jawapan yang saya dapat,saya pergi juga.Konon ikut prosedur.Bila dah pergi kat kaunter tu,customer tak ada pun saya kena tunggu lima minit sebelum dipanggil.Bila dah dipanggil,staff tu tanya saya confirm ke kena bayar RM60 je.Saya malas nak panjang cerita,cakap je betul sebab saya dah tanya orang yang telefon saya tu banyak kali.Lastly,beliau sendiri tak confirm and pergi tanya kat staff lain yang duduk kat kaunter paling hujung nun.Waiting again."Nak korek duit aku lagilah tu!"Sigh.

By right staff tu balik kat saya,beliau suruh saya bayar jumlah yang dinyatakan kat kaunter sebelah.Means,I have to go back kat kaunter pembayaran.Ambil giliran baru dan tunggu 15 minit lagi untuk dilayan.Sampai kat kaunter saya terus bayar dan dapat resit rasmi from them.Saya simpan resit sebagai bukti kepada Cik W****** bahawa saya dah buat bayaran L.O.D.Balik rumah saya terus call and email kepada beliau resit bayaran.Then,barulah permohonan pertukaran status biasiswa saya dapat diteruskan.

See.Benda senang tapi dek kerana karenah birokrasi,perkara sesimple ABC boleh jadi sesusah 453 kuasa 2 kali 88 tolak 122 bahagi 30.Saya ni jenis positive-thinker,tapi bab ptptn memang pemikiran saya automatik jadi terbalik.Well,saya percaya 100%,lepas ni akan menyusul lagi kerenah birokrasi lain supaya ptptn boleh sedut duit saya more and more.Tak semudah itu untuk melupakan.Kita tengok apa yang akan terjadi dalam masa 3 bulan..lalala..

* boring tahap gaban dengan ptptn sampai tak ada gambar mampu 'digambarkan'.Kan satu Malaysia kenal ptptn,google saja!


2 comments:

  1. cian kan....
    dh jd mcm bola pulak.
    kat tibi kemain lg iklan suh byr...

    ReplyDelete
  2. =) well,gomen kita mmg lagu tu.tang sedut duit kemain,tp servis hampeh~

    ReplyDelete

NgomOnG2 ~~