Wednesday, September 12, 2012

L.O.D

Assalamualaikum

Baru dapat call dari orang PTPTN.Baru je habis jawab.Baru je lepas bertekak sikit.eh.
Tak adalah.Saya bukan kejam pun.Sedar diri maa.

Pihak PTPTN dah bagi respon pada saya untuk permohonan pertukaran status pinjaman kepada biasiswa tu.Last July saya ada bagi permohonan untuk tukar status PTPTN saya.Bulan Ogos saya call PTPTN sekali untuk buat pengesahan,but sadly masa tu saya bersoal jawab dengan operator je dan saya dibagitahu permohonan saya diterima dan sedang diproses yang mana proses makan masa 3 bulan..Tak ada pula dia kata kena bayar dulu or whatever.

Tiba tiba hari ni staff PTPTN call by private number menyatakan yang saya dah kena LOD (Letter of Demand).Jeng jeng jeng!...

LOD ni saman pasal saya lat lat bayar balik pinjaman selama ni dan dikenakan tindakan tak boleh pergi oversea.This lady cakap saya kena bayar RM60 dulu untuk clearkan LOD baru boleh proceed dengan proses tukar status tu.Saya jadi blurr sekajap.

Start dari 2009 lepas graduate sampai sekarang satu surat dari PTPTN tak pernah sampai pada saya.Lepas je grad saya call PTPTN berkali-kali untuk pengesahan alamat dan nombor telefon tapi tak pernah dapat (masa tu PTPTN takde hotline) and website susah nak akses.Saya buat hari hari sampai saya fed-up dan tak contact PTPTN lagi.Buat bayaran pun lat lat je sebab saya tak puas hati pasal tak boleh convert loan to scholar.Lagipun saya kerja dari bawah,manalah mampu sangat.Tak kan nak minta bapak saya bayar pulak.Tapi selalu juga saya check kat PTPTN senarai blacklist,ternyata saya tidak diblacklist.Mahupun di bahagian Imegresen.Cuak juga masa saya nak pergi Songkhla tahun 2010 dulu.Tapi ok je.Tak tahulah pulak kalau saya nak pergi Bali tak lepas kan?kuikuikui..


Jadi,manalah saya tahu saya ada LOD.Kalau saya tahu mesti saya dah kasi settle awal dah.Tak ada manusia yang suka diri dibelenggu masalah dengan hutang ni.Saya percaya ramai lagi yang terjebak dengan hutang-tak-berkesudahan ni.Hasben saya cakap kawan dia kerja government gaji mantap tapi still tak bayar.Ini kes beratlah kan.Terlebih mampu tapi taknak bayar.Memang patut kena LOD.Huu.

Tapi back to my case,lepas blurr tu saya tanya cik adik ni kat mana boleh bayar dan betul ke cuma RM60.Manalah tahu tiba tiba masa saya pi bayar tersembul plak hidden-cost.Maklumlah,PTPTN kan luuuuurrrrvvveee sangat hidden-cost ni.So,adik (adik ke makcik?) ni pun cakap bayar kat kaunter PTPTN dan memang betul RM60 sahaja.Saya tak puas hati tanya lagi,lepas tu macamana saya nak tahu yang saya dah boleh proceed to next stage,macamana saya nak contact dia,nak bagi proof macamana,bla bla bla sampai saya betul2 puas hati yang application saya dapat diproses.Guess what,staff PTPTN pulak terketar2 nak jawab pertanyaan saya.Dok eh.Ceq tak marah,ceq tanya ja.Orang lain yang jawab panggilan adik ni pun mesti perasaan yang adik ni macam takut takut nak cakap.Dont know why lerr.

So,saya decide nak pergi kaunter PTPTN kat KL central next monday.Kita bayar dulu dan tengok apa akan jadi pada case saya seterusnya!

Till then.Daaa~



No comments:

Post a Comment

NgomOnG2 ~~