Friday, April 6, 2012

Mari Saman Orang Ketiga


Orang ketiga yang mengganggu rumah tangga pasangan suami isteri yang pada awalnya bahagia,boleh disaman dan disabitkan kesalahan seterusnya dipenjarakan.Haa..takut tak?Saya ada tengok rancangan Wanita Hari Ini TV3 membawa tajuk “Saman Orang Ketiga….Siapa Mereka?” dan memang info yang sangat sangat berguna berkenaan hak seorang suami isteri yang teraniaya dek perbuatan orang ketiga.Sepertimana yang kita tahu,dah terlalu banyak kes kepincangan rumah tangga kat Malaysia ni.Ada yang suami buat hal,ada pulak isteri yang tunjuk belang.Ada pulak pasangan suami isteri menderita akibat fitnah atau gangguan dari keluarga,rakan rakan atau masyarakat sekeliling.Dahsat betul penangan orang ketiga ni.Hebat hebat.

Tapi siapa pulak orang ketiga tu?Ada beberapa jenis orang ketiga ni mengikut peruntukan Akta Mahkamah Syariah.Boleh klik disini untuk mengetahui lebih lanjut pasal hal ini.

Apa yang saya nak shared kat sini adalah kesedaran kepada semua masyarakat kat luar sana bahana menjadi orang ketiga.Orang ketiga ni boleh jadi bakal isteri kedua ketiga atau keempat,kawan kawan,family seperti ibu bapa mertua atau saudara mara,bekas kekasih hatta bai jual karpet sendiri.Macamana boleh jadi macam tu pulak kan?

Saya bukan orang yang arif berkenaan hal ni,apa yang saya tahu orang ketiga adalah mana mana pihak yang cuba memfitnah,menghasut atau memujuk salah seorang dari pasangan suami isteri dengan tujuan memecahbelahkan pasangan bahagia tersebut.

*Google

Contoh paling mudah,seorang bai jual karpet berkenan dengan isteri orang ni.So,beliau akan datang jual karpet secara kerap kat rumah perempuan tu.Sampai satu tahap bai ni dah tak tahan dah,beliau terus cakap dengan perempuan tadi macam ni..”Adik manis banyak cantik,mari ikut saya kita hidup sama sama sampai surgaaa~”(Tak payahlah duk goyang kepala tu!).Si perempuan pun rupanya suka dekat bai tu dan ikut beliau.Nah!Bai tu boleh disaman oleh suami wanita terbabit dan disabit kesalahan walaupun sebenarnya kes ni suka sama suka.

Sebabnya,kalau perempuan tu tak ikut bai,kepincangan rumah tangga tak akan terjadi dan bai tu tak boleh disaman sama sekali.Kecuali kalau u all nak saman ikut luar Jenayah Syariah.Maknanya kat sini kalau pun hasutan tu ada tapi yang sipelaku tak meninggalkan tanggungjawab pada rumah tangga,si penghasut tak boleh disaman.Faham tak?Hmm..Susah pulak nak expalain.OK.Contoh mudah,seorang suami ada hubungan dengan pihak ketiga tapi si isteri tak tahu menahu.Sebab apa? Sebab suami langsung tak ada tanda yang menunjukkan beliau ada hubungan sulit.Biasanya tanda orang curang macam selalu balik lambat (selalu kerja balik pukul 6 pm tapi sekarang balik 6 am),jarang sekali luangkan masa dengan anak bini,paling teruk tak bagi nafkah pada isteri zahir dan batin.Tapi dalam kes ni si suami masih menjalankan tanggungjawab dengan sempurna. Misalnya,suami tetap romantik macam selalu,balik rumah on time,hujung minggu bawak anak bini pergi jalan jalan macam  biasa.Jadi,bila si isteri dapat tahu suaminya ada hubungan sulit,isteri ni tak boleh saman pihak ketiga iaitu kekasih gelap suaminya tadi sebab kehadiran pihak ketiga tersebut tak mengganggu keharmonian rumah tangganya.Suami masih sayangkan isteri tadi dan diorang berkasih sayang seperti biasa.Mungkin suami sendiri yang memang dah berniat untuk bernikah lagi satu dan pihak ketiga juga berniat baik untuk berkongsi kasih sayang tersebut.Dalam hal ini kepincangan rumah tangga tak terjadi dan si isteri perlu redha kerana suami tetap menyayanginya (bunyi macam senang,harap maaf kepada mereka yang terasa).

*Google

Tu cerita bagi pasangan yang curang.Macamana pulak boleh masuk family dan kawan kawan sendiri?Contohnya (contoh lagi?)..Si mak mertua tak merestui pernikahan anak perempuannya dengan menantu yang tak sama taraf.Ala ala cerita Kassim Selamat la ni..Disebabkan tak mahu mak mertua masuk campur urusan rumah tangga mereka,si menantu bawak isterinya tinggal berasingan daripada family mertua.Pada satu hari,mak mertua tadi datang mengejut ke rumah menantu dan anaknya untuk tengok kehidupan anak perempuan kesayangannya selepas berkahwin.Terkejut beruk mak mertua tadi tengok anaknya hidup susah dengan suami,sedangkan si anak tadi redha dan gembira dengan kehidupannya.Si mak mertua tak boleh tahan terus bawak lari anak perempuannya masa menantu tak ada kat rumah.Dalam kes ini,menantu tadi boleh menyaman mak mertua kerana cubaan memporak perandakan kehidupan rumahtangganya yang bahagia.So,mak mertua Kassim Selamat si Mak Dara tu pun boleh disamanlah kan?!.Haihh..taklah kau merana badan wahai Kassim..Hehe..

*Google

Lebih kurang sama lah dengan kes gangguan kawan sendiri.Misalnya,Markonah ada sedikit perselisihan dengan suaminya,Bedol.Jadi dia ceritakan masalahnya pada kawan baik sendiri,Meriam.So dah cerita habis,si Meriam ni pun nak tunjuk pandai pergilah cari Bedol dan talk face to face supaya boleh tolong si Markonah ni tadi settle problem.Tapi,bila dah jumpa,lain pulak jadi bila Bedol dengan Meriam ni tangkap cintan sesama sendiri.Maka,rumahtangga yang pada awalnya boleh diselamatkan terus terumbang ambing dek penangan cinta Bedol kepada si Meriam.Tengok,kes macam ni pun ada terjadi dan Markonah yang ingin rumahtangganya dikembalikan dinasihatkan untuk menyaman Meriam atas gangguan rumahtangga yang telah beliau lakukan.Masyarakat sekeliling juga dinasihat untuk berhati hati kerana setiap fitnah yang disebar kepada pasangan suami isteri yang pada awalnya bahagia tapi porak peranda setelah difitnah boleh dikenakan tindakan.Hatta sebagai kawan sendiri pun kene jaga mulut tu,jangan celupar nak makan penampar sangat.Silap haribulan kita yang kene masuk penjara sebab mulut tak ada insurans.

Last but not least,perbincangan di atas hanya untuk kes rumah tangga yang berantakan selepas difitnah atau diganggu oleh pihak ketiga.Bagi masalah rumahtangga yang terjadi akibat gejala negative daripada pasangan sendiri ataupun rumahtangga yang memang dah ada masalah tanpa gangguan pihak ketiga tak boleh dikira pakai dalam saman fitnah ini. Pasangan suami  isteri yang merasakan bahawa mereka teraniaya akibat gangguan orang ketiga perlu sedar akan hak mereka dan bertindak segera kalau masih sayangkan rumahtangga.Bukan semua masalah rumahtangga harus berakhir dengan penceraian.Seperti dalam kes gangguan ini,pihak teraniaya hanya akan menyaman pihak yang menyebabkan penganiayaan tersebut terjadi seterusnya diharap boleh mengembalikan keharmonian rumahtangga.Saman pula bukan bertujuan membalas dendam tetapi sebagai peringatan kepada pihak ketiga terbabit supaya tidak sesuka hati memecah belahkan masjid orang lain. Dan amat perlu diingat bahawa kesemua kes yang diadukan hendaklah bersama bukti bukti kukuh.Kalau tak ada bukti jadi terbantutlah kes saman tersebut.Seperti yang saya katakan di atas,saya bukan orang bijak pandai mengenai hal ini tapi sekadar berkongsi asas pengetahuan yang saya ada.Mana mana bahagian yang kurang boleh mohon penjelasan kepada pihak Mahkamah Syariah terdekat.Hmm…I guest,ramai orang media dah kena saman akibat fitnah pasangan selebriti yang bahagia,so pandai pandai lah jaga mulut sendiri =D


* Agak agak Abby boleh saman Memey tak?

8 comments:

  1. euw! pic tu blh pulak erk..main kiss2 blakang ni...huhu..byk kes kan..tp kita ni kurang kesedarn bende cmni..

    abby? blh ker? biar lah...mereka dh bahagia

    done follow here

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. yumida : there's lot in reality dear~thanx,will follow u back k..

    myra : like it,share it syg~

    ReplyDelete
  4. Saya confuse lagi ni..umm kalau suami sdri yg mgatal dan trbukti dia yg mulakn kecuragan adakah sy berhak mendakwa prmpuan trsbut.?

    ReplyDelete
  5. Anonymous :

    Kalau camtu sy tak pasti.but,if kegatalan suami dilayan oleh wanita tersebut mungkin kot..

    untuk kepastian boleh direct tanya kat peguam syarie,Puan Suzana Ghazali kat link bawah yer..thanx..

    http://bersamasuzana.blogspot.com/

    ReplyDelete
  6. Kenapalah orang ketiga harus wujud dlm rumahtangga ini....saya sedih bila memikirkan kecurangan suami saya dgn bekas kekasihnya... Ya Allah....Engkau selamatkanlah rumahtangga ku ini dr kehancuran...aku sayang dan cinta kat suamiku Ya Allah..... Engkau dekatkanlah hati kami berdua dan Engkau suburkanlah kasih sayang di antara kami berdua

    ReplyDelete
  7. Anon : Tulah,sy pun pelik kenapa ada org suka ganggu rumahtangga org lain.kadang tu diri sendiri dah beruami/beristeri tapi masih nak makan luar..Harap awak dapat bersabar.Teruskan berdoa agar hubungan rumahtangga kembali aman ye syg...ameen =)

    ReplyDelete

NgomOnG2 ~~