Assalamualaikum
Bahan-bahan :
50gm bihun
20gm isi ayam
1/2 bii lobak merah
2 ulas bawang putih
1 biji lada merah
2 biji fishball
1 tsp sos tiram
1 tsp kicap cair
1 biji telur
2 cawan air
garam + gula
* optional : udang,sotong,kailan,kobis bunga
cara buat :
rendam bihun.toskan.
pukul telur dan masukkan bihun.
kemudian,goreng campuran tadi dalam api panas secara deep fry (minyak banyak)
goreng sampai keras sikit baru angkat.macam ni gorengnya.
amboi cantiknya
panaskan sedikit minyak,tumis bawang putih dan lada merah
tuang air dan masukkan ayam
masuk lobak merah dan fishball
biar sehingga mendidih
lepas tu masukkan sos tiram,kicap,garam dan gula
gaul sikit
*kalau nak buat macam kat kedai,bancuh tepung jagung dengan sedikit air
masukkan dalam masakan tadi bila dah agak mereneh (saya tak buat ni sebab tepung jagung yilek!)
dah agak masak,boleh masukkan bihun tadi dalam kuali.
kacau sikit dan hidang bersama daun bawang dan bawang goreng.siap!
aumm..
No comments:
Post a Comment
NgomOnG2 ~~