Assalamualaikum
Caak!!
Fine.Memang bihun goreng tomyam yang tersebut di atas langsung tak nampak menggiurkan.Apatah lagi membangkitkan keghairahan untuk membahamnya.Tapi percayalah tuan tuan dan puan puan,sekali cuba pasti nak lagi..
aa.aa..(sambil buat isyarat jari telunjuk ke kiri dan ke kanan)..don't judge a book by its cover..
senang je nak buat..jom tengok macamana----->
Bahan-bahannya ialah :
300gm bihun cap apa apa sahaja
3biji bawang putih
2biji bawang merah
100gm udang kering
4 sudu cili kering kisar (cili kering direndam air panas dan di 'blend' bersama sedikit bawang)
5ekor udang
1ekor sotong
1biji fishcake
5 sudu pes tomyam (saya pakai adabi)
daun bawang
garam dan gula (saya tak pakai ajinomoto)
air rebusan udang (kepala & kulit udang)
minyak untuk menumis
Cara nak buat :
- kisar bawang putih,bawang merah dengan udang kering.kemudian tumis dalam minyak panas sampai naik bau.
- masuk cili kering.biar sampai pecah minyak.lepas tu,masuk air rebusan udang.
- kemudian,masuk semua udang,sotong dan fishcake.kalau nak tambah ayam dengan daging pun boleh.bagi meriah sikit.
- then,masukkan pes tomyam banyak sikit.kalau tak banyak,tak rasa tomyam.masuk pes sikit sikit sampai bau tomyam dari bahan tumis tadi.
- barulah masuk garam dan gula secukup rasa
- dah siap tumis,masukkan lah bihun yang dah dicelur.gaul rata.
- dah siap boleh tabur daun bawang,hidangggg..nyum!
* korang boleh tukar dengan nasi atau kuey tiaw atau mee,ikut suka korang lah
selamat mencuba!。◕‿◕。
Weekend nie nak cuba lah wat
ReplyDelete