Salam dearies
Buka mata luas luas.Betulkan tempat duduk.Pakai pinggang keselamatan.Ubahsuai (ed-jas) segala cermin.Pasang muzik/radio macam nak pecah gegendang.Masuk gear.Lepas brek tangan.Tekan minyak.Jalan.
Memandu dengan tenang.Jangan gopoh gopoh.
Tapi
.
.
.
.
.
Spesis pemandu tak berhati perut :
* Memandu dengan kadar kelajuan bawah 60km/j @ lebih 'siput' dari itu
* Mempunyai hobi suka menekan brek tanpa sebab munasabah sikit sikit brek,sikit sikit sikit brek..mengada ngada
* Menjadikan lorong untuk memotong (kanan) sebagai hak milik mutlak beliau dengan menyangkut tangan dibirai tingkap pemandu dan berlagu riang
* Suka buat perangai budak budak dengan menunjukkan kehebatan setelah kereta dipotong oleh pemandu lain semasa beliau memandu secara terhegeh hegeh atau dengan kata lain nya,rasa tercabar dan menganggap pemandu yang memotong itu meng-api api-kan beliau atau entah-macamana-tah-nak-explain-aku-pun-tak-tahu lagi lagi kalau kena motong dengan driver perempuan,hot terus!
* Tidak menghidupkan lampu isyarat (signal) ketika nak masuk simpang kereta baru pun signal rosak ke??
* Mengubah suai kenderaan menjadi 'lowered' sampai tak boleh langgar 'parut' jalan walau sedikit @ membuat aksi akrobatik ketika melintasi bendul
* Suka mengekori bontot motor dan tak berani memotong sampai jalan betul betul clear perasan beliau memandu hummer ke apa tah
* Berlagak terer dengan snap2 gambar sendiri masa driving dengan niat menge'post' gambar cun kat akaun fesbuk!
amaran : jangan tiru aksi ini.
Banyak lagi ciri ciri spesis pemandu tak berhati perut ni.Rasa rasa nya ramai drivers yang dah terkene.Jadi,berhati hatilah ketika memandu.Jangan memandu jika anda terlalu takut.Ketakutan anda hanya akan membuatkan orang lain menderita.Seeloknya berdoa sebelum memandu agar perjalanan dipermudahkan.
No comments:
Post a Comment
NgomOnG2 ~~