Tuesday, November 23, 2010

Bengang Yang Bangang

salam dearies

Maaf,awal awal lagi tajuk entri dah tak sedap didendang.Haruslah,sebab saya sedang bengang tahap bangang!Just nak pesan kat orang orang berkenaan :

saya tahu saya orang baru.degree pun bukan keluaran u** macam u all.apatah lagi bermainstream finance,account,bussiness studies,marketing,banking or what ever 'ing'.saya cuma graduan upm dengan sijil sumber manusia (HR) yang tak berapa nak power macam ijazah kelas pertama milik u all.saya tahu saya bodoh.ajar berkali kali pon tetap tak masuk otak.memang lemau macam bekas tapau.sudahlah lemau,lembab pulak tu.tak cukup dengan lembab,suka buat perkara berhati mulia dengan mendahulukan orang lain sampai diri sendiri terjerat.bodoh gila nak mam*** kan!
lagi satu,saya tak pandai buat marketing.dah dekat 2 bulan kerja,sorang klien pon tak lekat lagi. saya tahu semua orang mengumpat,mengata saya.biarlah.saya redha.semakin banyak orang mengata,saya tahu semakin sayang orang tu pada saya sebab beliau tak ada kerja lain bilamana 80% dari hidup beliau hanya diisi dengan kerja mencari tahu hal ehwal saya.Yes!saya suka.terima kasih atas keprihatinan anda!


tapi...
tahu tak u all,saya adalah antara orang pertama yang sampai opis walaupun terpaksa redah 50km seawal jam 6.50am?tahu tak u all,masa saya dapat job ni saya sedang berhempas pulas membanting tulang untuk persiapan kahwin abang saya?tahu tak u all,demi kerja ni saya sanggup tak ambil cuti waktu famili saya mengenang saat bahagia di hari pernikahan abang saya?tahu tak u all,saya tak ambil cuti tuk bantu famili saya masa tahlil beberapa hari sebelum abang saya nikah?tahu tak u all,saya tak kisah korban masa tuk balik lewat malam khamis ni semata mata nak jayakan roadshow tu walaupun kat rumah saya riuh rendah dengan kenduri yang akan menjelang ahad ni?tahu tak u all,saya terpaksa biarkan diri terbeban dengan harapan menggunung yang u all sandarkan supaya saya lulus licensing exam tu buat pertama kali?tahu tak u all,saya rasa terpukul dengan sikap u all yang hanya mementingkan diri sendiri bilamana saya dalam kesusahan dan tak dapat elak dari pergi roadshow?nak harapkan u all?berjanggutlah.macam macam alasan.nak cuti lah,nenek nak buat kerja kawin so sibuk nak tolong lah,nak gi holiday lah.saya ni?abang saya sendiri yang kahwin tau.bukan makcik,bukan sepupu,bukan nenek saya yang nak kahwin.

jadi,
biar saya berterus terang kat sini,saya PENAT!mentang mentang saya budak baru dan tak se u** dengan u all dulu,semua kerja lempar kat saya.semua training hempuk kat saya.masing masing refuse dengan bermacam alasan.padahal,waktu kerja pergi dating tapi bagi alasan buat marketing!dalam banyak banyak tempat kerja,tak keterlaluan kalau saya kata,this is the worst job ever.it was like a nightmare for me.yes,it is.

sebenarnya,
saya tak pernah bermimpi untuk dapat job ni.its not my dream job.even worst ok.company memang besar,bajet gah dan hebat.yes,it is.kalau sebut nama,majoriti chinese akan respect u all sebab kerja kat situ.but,then sendiri fikirlah.apalah guna nya kerja kalau hari hari pergi kerja tak ikhlas,hati menyumpah nyumpah.kawan bukan atas dasar saling memerlukan,tapi atas dasar keterpaksaan.semua cuma tahu pentingkan diri sendiri.apa apa terjadi,sendiri lepas dah cukup.yang lain,pandai pandailah jaga sendiri.kalau lembab macam saya,alamatnya ke longkang.hebat!melayu memang hebat!saya?lagi hebat sebab sah sah kena tipu dek bos yang gila ambil freshies melayu semata mata nak cukupkan kuota.gila kentang bos ni!bijak..bijak..
aduh!penat pulak nak luah perasaan.macam hape tah dah ni.haish!rasa geram sampai tak terucap.tak apalah.teruskan sikit lagi.

buat semua staff O****,saya tak berhajat pon nak jadi sebahagian dari u all.bila tiba masa nya,saya tetap akan tinggalkan u all.So,tak payah lah berusaha dengan sangat kuat untuk buat saya tertekan dan tinggalkan u all ye.O**** is the best company is terms of human resource.cuti,gaji,waktu kerja dan training sangat terjaga.saya sangat terkagum (^~^) but,O**** boleh jadi nightmare bagi freshgraders.ops!bukan saya cakap,tapi realiti memang macam tu.kalau grads chinese sendiri resign lepas tak sampai setahun kerja,what should i say kan?

 muka buruk untuk me'reveal'kan kebengangan
kasi tampar sikit sedap nih!T___T


* psst : belum sedia nak tinggalkan,tapi rasa macam terpaksa tinggalkan daripada terus diperbodohkan.

2 comments:

  1. berat beban yang izzah tanggung nie
    kalau sy.....mesti dah xtertanggung.rasa dah lame resign.dah lame nak tengking2 orang dekat situ.jangalah sebab kita fresh lagi nak perbodohkan kita.....kta nie sesama melayu.orang tue lagi ar bangang.masuk UITM yang memang sah2 tuk melayu.so xyah susah2..apply sure dapat.cam kita nie susah sikit.kena fight ngan kaum lain.
    so dont sad and rasa down izzah..kita sebenarnya lagi pandai dari mereka.

    ReplyDelete
  2. thanx cik dura~
    terharu ada yg caring
    but,now feeling more better
    wink2**

    ReplyDelete

NgomOnG2 ~~